Showing posts with label bebelanku. Show all posts
Showing posts with label bebelanku. Show all posts

Tuesday, January 9, 2018

Mari bermula kembali

Look at the screenshot. Last post was 2014. Hiatus in 2015. And a draft in 2016. What the... *tepuk dahi sendiri. Dah 2018 kawan.

Hari kesembilan 2018

Di awal tahun 2018, menyaksikan kehilangan nota² pendek aku yg disimpan di dlm memori telefon ini. Curahan rasa dan puisi puitis yang aku karang. Manakan dpt rasa yg sama itu lagi. Mana mungkin aku karang kembali. Rasa itu takkan kembali.

Kemudian ada pula telangkai yg ingin menjodohkan aku. Dua. Namun telah ku tolak. Satu. Si dia tidak berminat. Belum bersedia barangkali. Aku juga bukanlah    calon yg sesuai. Masih banyak perlu diisi di dalam dada ini. Ilmu, iman dan taqwa. Jadi lupakan sekejap tentang jodoh.

Masih kekal berhubung dgn otaku itu. 13 tahun dan setia menunggu. Aku saja yg setia itu. Dia milik yg lain. Kami tak pernah bertemu. Sembang hanya di alam maya. Kali ini mengajakku ke Bangkok. Idea gila. Aku takkan ikut. Takkan. Walaupun hati kepingin sekali. Cukuplah. Kenapa aku selalu berharap dia memilihku? Sedangkan aku tahu itu semua hanya mimpi. Kenapa aku berharap dia mencariku? Sedangkan aku tahu itu semua tak mungkin berlaku.  Tapi aku masih berharap ada keajaiban terjadi. Ya Allah aturkan yg terbaik untukku.

Thursday, June 26, 2014

Apa yang kau inginkan tak semestinya kau miliki, apa yang kau dapat bukanlah yang kau ingini

Assalamualaikum semua.
Panjang nau-nau tajuk entri kali ini kan. Ya, walaupun maksudnya sama tapi masih ada lagi yang takkan faham. Pernahkah anda mengalami keadaan sedemikian? Aku pernah. Dan rasanya banyak kalilah jugek. Apa yang diimpikan tak pernah tertunai dengan tepat. Dan sebaliknya. Namun, ada kala diganti dengan sesuatu yang seakan-akan sama malah kadang-kadang lebih baik lagi.

Persoalannya ialah mengapa. Mungkin kita belum layak untuk menerimanya. Mungkin kita tidak bersungguh memintanya dari Yang Maha Memberi. Mungkin kita tidak betul betul berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati. Sekadar melepaskan batuk di tangga atau ada sikap kesah-tak-kesah-kalau-dapat, dapatlah-kalau-tak-dapat, sudah. Atau mungkin Allah tak merahmati keinginan kita.

Lalu, cara yang terbaik untuk menerima takdir Allah ini adalah dengan bermuhasabah diri. Bukan menuding jari menyalahkan orang lain. Lihat kesalahan diri sendiri dahulu. Tanya diri sendiri kenapa aku tak layak dapat apa yang aku mahu. Seeloknya bersyukur dengan apa yang ada dan diberi. Mungkin masanya belum tiba untuk aku miliki apa yang aku mahu. Sabar.

P/s: Terus muhasabah. Masih.

Thursday, April 24, 2014

Setahun sudah berlalu

Assalamualaikum..

Setahun sudah sejak register kompeni di SSM. Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Ramai customer baru masuk. Dapat jugak tender dari butik di Alor Setar ni. Syukur sebab theyols suka jahitan iols. Kemas dan cantik katanya. Alhamdulillah. Seronok kalau dengar customers suka pakai baju yang weols jahitkan. Walaupun sekarang ni takdak online order tapi offline order mencurah curah ke ladang gandum weols. hehe. Sampai tak menang kakilah kiranya.

Sekarang tengah plan nak jual produk. Sedang mencari produk dan prospek yang sesuai. Sebab sekarang ni ramai yang jual baju, tudung, dan macam-macam lagilah yang readymade dan bersifat borong-semua-sekali. Kebanyakannya kualiti rendah. Kebanyakan tak semua. Tapi sebenarnya untuk menjual sesuatu yang bagus dan berkualiti kepada pelanggan adalah suatu pelaburan jangka panjang. Banyak kriteria yang harus dikaji. ceewahh macam pengkaji kehilangan mh370 pulak. Seriously, weols memang tekankan kualiti bukan kuantiti. That's why kadang-kadang baju uols lambat siap because weols potong elok-elok, jahit rapat-rapat, kemas-kemas, cantik-cantik barulah passing ke mu orang. Faham dop? Jadi janganlah dok complain lambat ke apa ke. Nak bagi customer puas hati ni susah tau. Kalau complain bagi idea itu ini suruh tambah itu ini alter sana sini mengalahkan tukang jahit itu sendiri. hah kalau dah terer sangat jahitlah sendiri. Astaghfirullahalazim..terlebih emo pulak. Tu semua kan rezeki. Tak jadi lah nak marah. hehe.

Apa-apa pun, terima kasihlah kepada yang sudi menempah baju-baju dengan tukang jahit yang tak seberapa hebat ni ye. Janji akan membuat yang terbaik untuk pelanggan setia semua. Raya tahun ni nampaknya banyak baju pesyen-pesyen. Dress kembang lah maxi labuh lah kurung riben lah maciam-maciamlah. Poning memikir. Bagi yang ingin menempah sulaman MANIK di baju raya anda bolehlah berbuat demikian. Komen aje kat bawah ni tanya guane nak tempah deh..

Sekian.

Sunday, January 12, 2014

Sekitar 2013

Yang telah berlalu banyak mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan, erti persahabatan licik dan keseronokan berganda, erti terlalu memberi dan dipergunakan, erti terlalu percaya dan sebuah penipuan. Ya, satu komplot penipuan yang telah dirancang sedari awal tahun lagi. Aku langsung tidak menyedarinya lalu aku hilang segalanya. Paling menyedihkan ditipu hidup-hidup oleh budak hingusan belasan tahun yang berani mempertaruhkan nyawa ahli keluarganya sendiri. Alangkah bodohnya aku. Tahun ini tahun kegagalanku. Sehingga hari ini aku tidak dapat melupakan tragedi itu. Namun, hasratku adalah untuk melupakan dan memaafkannya. Ya, si hingusan itu terselamat di dunia tapi dia tak akan selamat di akhirat kelak. Semoga kau beroleh hidayah budak hingusan!!

Akhir tahun 2013
Berita Gembira
Adikku mendirikan rumah tangga. Suatu pengakhiran yang terbaik barangkali. Semoga kau menjadi lebih bertanggungjawab kelak.

Berita Sedih
3 minggu selepas majlis riang ria perkahwinan adikku itu, kami dikejutkan dengan deringan telefon abangku pula kemalangan jalan raya. Patah kaki kirinya tak dapat berjalan. Seminggu berulang alik ke hospital. Sudah macam orang gila penatnya tidak terkata. Kasihan mak dan abah. Harap harap abang lebih menghargai kami selepas sembuh nanti. Sudah banyak kami korbankan.

Monday, November 4, 2013

Terima kasih Allah

Ya Allah Ar-Rahman Ar-Rahim
Sempena dengan kemuliaan tahun baru Hijirah ini
Aku bermohon kepadaMu tetapkanlah imanku, tingkatkanlah ketaqwaanku
Agar aku dapat bertawadduq dalam melakukan ibadah
Semoga aku dapat menjadi hambaMu yang taat, menjadi anak yang solehah, dan tidak menderhakai ibubapaku
Semoga mak sentiasa menjadi ibu yang mulia dan disayangiMu
Semoga abah dan abangku berubah ke arah lebih baik, tinggalkan rokok dan menjadi orang masjid
Semoga adik menjadi anak yang menghargai keluarga dan suami yang soleh serta bertanggungjawab terhadapMu dan isterinya
Semoga adik ipar menjadi isteri solehah dan taat kepadaMu dan suaminya
Semoga saudara saudaraku sentiasa menjaga ukhwah dan berkasih sayang
Semoga umat Islam seluruh dunia bersatu padu dan melupakan persengketaan serta sentiasa ingat kepadaMu
Semoga kami semua dapat berhijrah ke jalan Allah yang diredhai agar dapat bertemu dengan kekasihMu ya Rasulullah
Limpahkanlah rahmatMu ya Allah
Kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada seluruh umat manusia
Segala puji pujian,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda, serta sahabat sahabat baginda
Amin ya Rabbal 'alamin

Wednesday, October 16, 2013

Hujan

Hujan tanpa henti
Bikin aku gelisah hati
Takut janji tak dapat ditepati
Risau tergendala kerja hari ini

Hujan tanpa henti
Kadang kadang seronok sekali
Tarik selimut tutup kepala hingga ke kaki
Tidur mati tak sedar lagi

Hujan tanpa henti
Peringatan buat diri
Semuanya nikmat Ilahi
Nikmat yang patut disyukuri

Friday, September 6, 2013

Kaki sendiri

Bila rakan kongsi lari
Terkapai kapai aku seorang diri
Nak cari pengganti tak sampai hati
Nak tutup kedai hati tak berani
Itu sajalah punca rezeki
Cuba mencari ikhtiar sendiri
Harap harap hidup diberkati

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan tiba lagi

Masih belum terlambat kiranya untuk daku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua Muslim di Malaysia dan seluruh dunia.

Hari kedua berpuasa. Semoga dapat bertahan sehingga ke hujung Ramadhan.

Semoga dapat melakukan sunat Terawikh yang hanya dijumpai sekali dalam setahun. Apalah kiranya 20 rakaat dalam 2 jam jika dibandingkan dengan drama melayu 30 minit yang langsung tak memberi manfaat kepada kita.

Di bulan mulia ini, dapatlah kiranya meninggalkan perkara lagho yang sering dilakukan sebelum ini dengan mengisi ruang dan waktu yang ada dengan membanyakkan zikir dan membaca al Quran.

Semoga amal ibadah kali ini lebih baik dari kali sebelumnya.

P/s: peringatan untuk diri sendiri.

Saturday, May 18, 2013

Manusia di terminal

Dalam sepuluh orang di setiap kerusi
3 daripadanya menilik sesuatu di tangan
Swipe kiri swipe kanan
Galaxy tab vs mini ipad
4 daripadanya menekan keypad nokia lama
3 lagi mungkin sedang berbalas bbm dengan teman seberang sana

Dalam sepuluh orang di bangku menunggu
2 daripadanya sedang membaca tabloid harian penuh gosip dan putar belit cerita
3 daripadanya rancak berbual isu semasa dan pelan negara
3 orang lagi asyik dengan smartphone di tangan
2 lagi matanya merayap ke segenap inci terminal

Dalam sepuluh orang yang menunggu
1 daripadanya membaca novel cinta fantasi paling popular
8 yang lain masih memegang smartphone
Swipe atas swipe bawah
Tenyeh, tenyeh, tenyeh
Gosok, gosok, gosok
Facebook notification katanya
Instagram uploading ceritanya
Tak mahu ketinggalan
1 lagi tersengguk di kerusi tunggu giliran

Thursday, April 25, 2013

Realiti vs fantasi

Realiti ialah apa yang aku sedang buat masa ini
Fantasi ialah apa yang aku sedang fikir sekarang ini
Apa yang aku fikir tak seperti apa yang aku buat

Hidup tunggang langgang ialah normal
Hidup ada suka, duka, masalah adalah realiti
Tiap hari tak semestinya sama dalam mimpi
Tiap pagi pasti ada bezanya
Walau nampak sama

Aku cuba hidup dalam fantasi tanpa duka tanpa masalah
Fantasi tentang hidup yang indah
Dikelilingi sukses dan jenama terkenal
Dilindungi oleh jejaka kacak persis jejaka novel cinta melayu yang hanya fantasi penulis semata

Realitinya
Itu semua fantasi

Monday, April 15, 2013

Hari serabut serabai

Apahal gua serabut sangat hari ini? Ada sesuatu yang buat gua rasa tak tenang. Adakah sebab nama perniagaan yang gua daftar pagi tadi tak menjadi? Gua memang rasa tak puas hati la. Kenapa tak kasi gua pakai nama yang gua suka? Perlu ke nama tu berkait dengan perniagaan yang gua nak buat? Oke memang perlu supaya orang tahu apa yang gua jual tapi ada ramai je yang letak nama tak berkaitan langsung dengan nature business diorang. Contohnya Keris Tunjang Enterprise tapi buat bisnes paip. Bukannya bisnes keris. Jadi kira okey la gua letak nama yang gua suka. Catchy kot nama gua. Baru la orang tertarik menarik kau memang da bommm.
Duhhh tensen la gua macam ni. Takda enterprise kat belakang macamana.? Pandai pandai lak officer tu tambah 'koleksi' kat depan. Terus gua kena buat koleksi saja. Dah tak boleh jual benda lain. Ke gua aje yang tak paham?

Lagi satu gua serabut. Mesin jahit gua kat kelas tu buat perangai pulak. Tahu ler dah lama gua tak guna dia sebab gua guna mesin sebelah dia yang lagi best dan masih dara..hahaha... tapi tak payah la nak mogok tapak penekan rosak dan benang asyik putus. Ke sebab benang tu dah reput? Banyak pulak alasan gua. Baju yang gua jahit tadi pun tak menjadi. Pecah rekod gua tetas benang 13 kali. Kain pun dah hampir hampir mahu pecah gara gara tercucuk sama itu penetas tajam bak sembilu. Mulalah gua nak marah orang je tadi. Budak budak kelas tanya, gua cakap mood lari ikut jantan mana ntah. So jangan cari pasal dengan gua. Habis satu kelas tak berani tegur gua bila gua tunjuk muka nak bagi penampar dan penyepak pada mesin jahit yang buat gua sakit hati tu. Nasiblah gua masih boleh kawal perasaan gua. Kalau tak memang tunggang terbaliklah kelas tadi tu.

Pendek kata hidup gua hari ini memang serabut serabai. Kesimpulan yang gua dapat, jangan ikut je cakap orang. Pikir betul betul sebelum lu orang dan gua buat keputusan sebab benda ini berkait dengan duit lu orang dan duit gua. Ciao.