Bila ada yang bertanya
Aku mula mengelat
Saat sendiri
Mula terfikir
Sampai bila harus begini
Tak pernah aku mencari
Dan berharap ia datang sendiri
Kata mereka tak mungkin datang kalau tak mencari
Tak tahu
Tapi mahu
Kau tunjukkan aku caranya
Kau ajarkan aku caranya
Biar aku mengerti
Biar aku temui
Biar aku lalui
Sunday, July 6, 2014
Mungkin kau orangnya
Saturday, January 25, 2014
Pertarungan dengan nyawa
Indah pekertinya
Lembut bicaranya
Adab santunnya mulia
Auratnya dilitup sempurna
Amalannya dijaga
Punya keluarga bahagia
Di sebalik semua itu
Allah menduganya
Di sebalik kekuatan keringatnya
Allah menguji ketaatannya
Di sebalik senyuman manisnya
Ada keperitan mendalam
Di sebalik pandangan redup matanya
Ada perkara kecil mengganggu fikirannya
Di sebalik lemah lembut tutur katanya
Ada keganasan dalam jiwanya
Pemberontakan melawan keupayaan diri
Satu pertarungan dengan nyawa
Namun dia tak pernah kufur nikmat
Tak pernah tidak mensyukuri
Tak pernah tidak ingat pada Penciptanya
Di atas katil putih itu
Menadah tangan tak henti berdoa mengharapkan belas kasihan Yang Maha Kuasa
Agar diberi sedikit nyawa lagi
Untuk terus menghambakan diri kepadaNya, Ya Rabb.
Al Fatihah buat Arwah Nordiana (kakak sahabatku dunia akhirat).Allah lebih menyayangimu.
Saturday, May 18, 2013
Manusia di terminal
Dalam sepuluh orang di setiap kerusi
3 daripadanya menilik sesuatu di tangan
Swipe kiri swipe kanan
Galaxy tab vs mini ipad
4 daripadanya menekan keypad nokia lama
3 lagi mungkin sedang berbalas bbm dengan teman seberang sana
Dalam sepuluh orang di bangku menunggu
2 daripadanya sedang membaca tabloid harian penuh gosip dan putar belit cerita
3 daripadanya rancak berbual isu semasa dan pelan negara
3 orang lagi asyik dengan smartphone di tangan
2 lagi matanya merayap ke segenap inci terminal
Dalam sepuluh orang yang menunggu
1 daripadanya membaca novel cinta fantasi paling popular
8 yang lain masih memegang smartphone
Swipe atas swipe bawah
Tenyeh, tenyeh, tenyeh
Gosok, gosok, gosok
Facebook notification katanya
Instagram uploading ceritanya
Tak mahu ketinggalan
1 lagi tersengguk di kerusi tunggu giliran
Tuesday, May 7, 2013
Makan pujian
Kau rasa diri kau pandai
Tapi ilmu kau cuma sebesar seekor semut hitam
Dia rasa kau pandai
Tapi pujiannya tak lebih sekadar bodekan atau iri hati mungkin
Orang rasa kau pandai
Tapi kau menafikan
Tidak mahu rasa riak barangkali
Lagi dinafi lagi menjadi
Terbit riak tak sedar dek diri sendiri
Lalu kau sedikit bangga diri
Kau kata rezeki Ilahi
Tak usah dipuji
Takut memakan diri