Monday, November 4, 2013

Terima kasih Allah

Ya Allah Ar-Rahman Ar-Rahim
Sempena dengan kemuliaan tahun baru Hijirah ini
Aku bermohon kepadaMu tetapkanlah imanku, tingkatkanlah ketaqwaanku
Agar aku dapat bertawadduq dalam melakukan ibadah
Semoga aku dapat menjadi hambaMu yang taat, menjadi anak yang solehah, dan tidak menderhakai ibubapaku
Semoga mak sentiasa menjadi ibu yang mulia dan disayangiMu
Semoga abah dan abangku berubah ke arah lebih baik, tinggalkan rokok dan menjadi orang masjid
Semoga adik menjadi anak yang menghargai keluarga dan suami yang soleh serta bertanggungjawab terhadapMu dan isterinya
Semoga adik ipar menjadi isteri solehah dan taat kepadaMu dan suaminya
Semoga saudara saudaraku sentiasa menjaga ukhwah dan berkasih sayang
Semoga umat Islam seluruh dunia bersatu padu dan melupakan persengketaan serta sentiasa ingat kepadaMu
Semoga kami semua dapat berhijrah ke jalan Allah yang diredhai agar dapat bertemu dengan kekasihMu ya Rasulullah
Limpahkanlah rahmatMu ya Allah
Kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada seluruh umat manusia
Segala puji pujian,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda, serta sahabat sahabat baginda
Amin ya Rabbal 'alamin

Wednesday, October 16, 2013

Hujan

Hujan tanpa henti
Bikin aku gelisah hati
Takut janji tak dapat ditepati
Risau tergendala kerja hari ini

Hujan tanpa henti
Kadang kadang seronok sekali
Tarik selimut tutup kepala hingga ke kaki
Tidur mati tak sedar lagi

Hujan tanpa henti
Peringatan buat diri
Semuanya nikmat Ilahi
Nikmat yang patut disyukuri

Friday, September 6, 2013

Kaki sendiri

Bila rakan kongsi lari
Terkapai kapai aku seorang diri
Nak cari pengganti tak sampai hati
Nak tutup kedai hati tak berani
Itu sajalah punca rezeki
Cuba mencari ikhtiar sendiri
Harap harap hidup diberkati

Monday, August 12, 2013

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan tiba lagi

Masih belum terlambat kiranya untuk daku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua Muslim di Malaysia dan seluruh dunia.

Hari kedua berpuasa. Semoga dapat bertahan sehingga ke hujung Ramadhan.

Semoga dapat melakukan sunat Terawikh yang hanya dijumpai sekali dalam setahun. Apalah kiranya 20 rakaat dalam 2 jam jika dibandingkan dengan drama melayu 30 minit yang langsung tak memberi manfaat kepada kita.

Di bulan mulia ini, dapatlah kiranya meninggalkan perkara lagho yang sering dilakukan sebelum ini dengan mengisi ruang dan waktu yang ada dengan membanyakkan zikir dan membaca al Quran.

Semoga amal ibadah kali ini lebih baik dari kali sebelumnya.

P/s: peringatan untuk diri sendiri.

Saturday, May 18, 2013

Manusia di terminal

Dalam sepuluh orang di setiap kerusi
3 daripadanya menilik sesuatu di tangan
Swipe kiri swipe kanan
Galaxy tab vs mini ipad
4 daripadanya menekan keypad nokia lama
3 lagi mungkin sedang berbalas bbm dengan teman seberang sana

Dalam sepuluh orang di bangku menunggu
2 daripadanya sedang membaca tabloid harian penuh gosip dan putar belit cerita
3 daripadanya rancak berbual isu semasa dan pelan negara
3 orang lagi asyik dengan smartphone di tangan
2 lagi matanya merayap ke segenap inci terminal

Dalam sepuluh orang yang menunggu
1 daripadanya membaca novel cinta fantasi paling popular
8 yang lain masih memegang smartphone
Swipe atas swipe bawah
Tenyeh, tenyeh, tenyeh
Gosok, gosok, gosok
Facebook notification katanya
Instagram uploading ceritanya
Tak mahu ketinggalan
1 lagi tersengguk di kerusi tunggu giliran

Tuesday, May 7, 2013

Makan pujian

Kau rasa diri kau pandai
Tapi ilmu kau cuma sebesar seekor semut hitam
Dia rasa kau pandai
Tapi pujiannya tak lebih sekadar bodekan atau iri hati mungkin
Orang rasa kau pandai
Tapi kau menafikan
Tidak mahu rasa riak barangkali
Lagi dinafi lagi menjadi
Terbit riak tak sedar dek diri sendiri
Lalu kau sedikit bangga diri
Kau kata rezeki Ilahi
Tak usah dipuji
Takut memakan diri