Monday, August 12, 2013

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan tiba lagi

Masih belum terlambat kiranya untuk daku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua Muslim di Malaysia dan seluruh dunia.

Hari kedua berpuasa. Semoga dapat bertahan sehingga ke hujung Ramadhan.

Semoga dapat melakukan sunat Terawikh yang hanya dijumpai sekali dalam setahun. Apalah kiranya 20 rakaat dalam 2 jam jika dibandingkan dengan drama melayu 30 minit yang langsung tak memberi manfaat kepada kita.

Di bulan mulia ini, dapatlah kiranya meninggalkan perkara lagho yang sering dilakukan sebelum ini dengan mengisi ruang dan waktu yang ada dengan membanyakkan zikir dan membaca al Quran.

Semoga amal ibadah kali ini lebih baik dari kali sebelumnya.

P/s: peringatan untuk diri sendiri.

Saturday, May 18, 2013

Manusia di terminal

Dalam sepuluh orang di setiap kerusi
3 daripadanya menilik sesuatu di tangan
Swipe kiri swipe kanan
Galaxy tab vs mini ipad
4 daripadanya menekan keypad nokia lama
3 lagi mungkin sedang berbalas bbm dengan teman seberang sana

Dalam sepuluh orang di bangku menunggu
2 daripadanya sedang membaca tabloid harian penuh gosip dan putar belit cerita
3 daripadanya rancak berbual isu semasa dan pelan negara
3 orang lagi asyik dengan smartphone di tangan
2 lagi matanya merayap ke segenap inci terminal

Dalam sepuluh orang yang menunggu
1 daripadanya membaca novel cinta fantasi paling popular
8 yang lain masih memegang smartphone
Swipe atas swipe bawah
Tenyeh, tenyeh, tenyeh
Gosok, gosok, gosok
Facebook notification katanya
Instagram uploading ceritanya
Tak mahu ketinggalan
1 lagi tersengguk di kerusi tunggu giliran

Tuesday, May 7, 2013

Makan pujian

Kau rasa diri kau pandai
Tapi ilmu kau cuma sebesar seekor semut hitam
Dia rasa kau pandai
Tapi pujiannya tak lebih sekadar bodekan atau iri hati mungkin
Orang rasa kau pandai
Tapi kau menafikan
Tidak mahu rasa riak barangkali
Lagi dinafi lagi menjadi
Terbit riak tak sedar dek diri sendiri
Lalu kau sedikit bangga diri
Kau kata rezeki Ilahi
Tak usah dipuji
Takut memakan diri

Thursday, April 25, 2013

Realiti vs fantasi

Realiti ialah apa yang aku sedang buat masa ini
Fantasi ialah apa yang aku sedang fikir sekarang ini
Apa yang aku fikir tak seperti apa yang aku buat

Hidup tunggang langgang ialah normal
Hidup ada suka, duka, masalah adalah realiti
Tiap hari tak semestinya sama dalam mimpi
Tiap pagi pasti ada bezanya
Walau nampak sama

Aku cuba hidup dalam fantasi tanpa duka tanpa masalah
Fantasi tentang hidup yang indah
Dikelilingi sukses dan jenama terkenal
Dilindungi oleh jejaka kacak persis jejaka novel cinta melayu yang hanya fantasi penulis semata

Realitinya
Itu semua fantasi

Sunday, April 21, 2013

Ini memang kerja saya

Tempahan sulaman manik untuk hari raya yang bakal tiba dibuka sekarang.
Hanya manik berkualiti sahaja digunakan dan dijahit dengan kukuh sekali. Takkan tercabut/tertanggal kecuali digunting benangnya. Ini serius. Hantar baju anda sekarang!!
P/s: menerima tempahan untuk busana pengantin juga.






courtesy of mira sakira, the customer




The wedding projects

Hantaran pertunangan.
Jika anda berminat silalah ke www.facebook.com/sayasukasayabuat untuk maklumat lanjut.