Saturday, January 25, 2014
Pertarungan dengan nyawa
Indah pekertinya
Lembut bicaranya
Adab santunnya mulia
Auratnya dilitup sempurna
Amalannya dijaga
Punya keluarga bahagia
Di sebalik semua itu
Allah menduganya
Di sebalik kekuatan keringatnya
Allah menguji ketaatannya
Di sebalik senyuman manisnya
Ada keperitan mendalam
Di sebalik pandangan redup matanya
Ada perkara kecil mengganggu fikirannya
Di sebalik lemah lembut tutur katanya
Ada keganasan dalam jiwanya
Pemberontakan melawan keupayaan diri
Satu pertarungan dengan nyawa
Namun dia tak pernah kufur nikmat
Tak pernah tidak mensyukuri
Tak pernah tidak ingat pada Penciptanya
Di atas katil putih itu
Menadah tangan tak henti berdoa mengharapkan belas kasihan Yang Maha Kuasa
Agar diberi sedikit nyawa lagi
Untuk terus menghambakan diri kepadaNya, Ya Rabb.
Al Fatihah buat Arwah Nordiana (kakak sahabatku dunia akhirat).Allah lebih menyayangimu.
Sunday, January 12, 2014
Sekitar 2013
Akhir tahun 2013
Berita Gembira
Adikku mendirikan rumah tangga. Suatu pengakhiran yang terbaik barangkali. Semoga kau menjadi lebih bertanggungjawab kelak.
Berita Sedih
3 minggu selepas majlis riang ria perkahwinan adikku itu, kami dikejutkan dengan deringan telefon abangku pula kemalangan jalan raya. Patah kaki kirinya tak dapat berjalan. Seminggu berulang alik ke hospital. Sudah macam orang gila penatnya tidak terkata. Kasihan mak dan abah. Harap harap abang lebih menghargai kami selepas sembuh nanti. Sudah banyak kami korbankan.
Monday, November 4, 2013
Terima kasih Allah
Ya Allah Ar-Rahman Ar-Rahim
Sempena dengan kemuliaan tahun baru Hijirah ini
Aku bermohon kepadaMu tetapkanlah imanku, tingkatkanlah ketaqwaanku
Agar aku dapat bertawadduq dalam melakukan ibadah
Semoga aku dapat menjadi hambaMu yang taat, menjadi anak yang solehah, dan tidak menderhakai ibubapaku
Semoga mak sentiasa menjadi ibu yang mulia dan disayangiMu
Semoga abah dan abangku berubah ke arah lebih baik, tinggalkan rokok dan menjadi orang masjid
Semoga adik menjadi anak yang menghargai keluarga dan suami yang soleh serta bertanggungjawab terhadapMu dan isterinya
Semoga adik ipar menjadi isteri solehah dan taat kepadaMu dan suaminya
Semoga saudara saudaraku sentiasa menjaga ukhwah dan berkasih sayang
Semoga umat Islam seluruh dunia bersatu padu dan melupakan persengketaan serta sentiasa ingat kepadaMu
Semoga kami semua dapat berhijrah ke jalan Allah yang diredhai agar dapat bertemu dengan kekasihMu ya Rasulullah
Limpahkanlah rahmatMu ya Allah
Kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada seluruh umat manusia
Segala puji pujian,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda, serta sahabat sahabat baginda
Amin ya Rabbal 'alamin
Wednesday, October 16, 2013
Hujan
Hujan tanpa henti
Bikin aku gelisah hati
Takut janji tak dapat ditepati
Risau tergendala kerja hari ini
Hujan tanpa henti
Kadang kadang seronok sekali
Tarik selimut tutup kepala hingga ke kaki
Tidur mati tak sedar lagi
Hujan tanpa henti
Peringatan buat diri
Semuanya nikmat Ilahi
Nikmat yang patut disyukuri
Friday, September 6, 2013
Kaki sendiri
Bila rakan kongsi lari
Terkapai kapai aku seorang diri
Nak cari pengganti tak sampai hati
Nak tutup kedai hati tak berani
Itu sajalah punca rezeki
Cuba mencari ikhtiar sendiri
Harap harap hidup diberkati
Monday, August 12, 2013
Thursday, July 11, 2013
Ramadhan tiba lagi
Masih belum terlambat kiranya untuk daku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua Muslim di Malaysia dan seluruh dunia.
Hari kedua berpuasa. Semoga dapat bertahan sehingga ke hujung Ramadhan.
Semoga dapat melakukan sunat Terawikh yang hanya dijumpai sekali dalam setahun. Apalah kiranya 20 rakaat dalam 2 jam jika dibandingkan dengan drama melayu 30 minit yang langsung tak memberi manfaat kepada kita.
Di bulan mulia ini, dapatlah kiranya meninggalkan perkara lagho yang sering dilakukan sebelum ini dengan mengisi ruang dan waktu yang ada dengan membanyakkan zikir dan membaca al Quran.
Semoga amal ibadah kali ini lebih baik dari kali sebelumnya.
P/s: peringatan untuk diri sendiri.