Benarlah kata orang, waktu yang paling seronok ialah di zaman persekolahan. maksud aku zaman kita belajar, tak kiralah di tadika, di sekolah, di kolej, di universiti. ya. aku paling rindukan zaman itu. banyak sangat memori yang tak dapat diolah dengan perkataan di sini. tapi memori itu sering bermain di minda aku. Bila duduk-duduk saja macam ni, teringatlah saat di kampus dulu. satu-satu kenangan datang. satu-satu acara bermain. macam menanti giliran untuk diputar dalam skrin mataku. tiba-tiba terasa nak melepak dengan Budak-budak Rumah Pantai di Kopitiam Uncle Chua yang selalu tersalah dengar order, walaupun begitu kami tetap setia ke sana kerana sudah tak ada tempat lagi untuk dituju bagi mengisi perut yang kosong ni. kemudian kami akan melangkah pula ke Secret Recipe di sebelahnya. ada waiter yang kacak di sana. kalau teringin makan yang lain dari kebiasaan, kami ke Mingstar Sushi pula. ubah selera menjamu bento dan sushi. walaupun di sini ada seorang waitress yang tak tahu adab. tak belajar customer service agaknya. asyik nak melenting saja. sudahlah order yang diambil pun salah. selalu buat muka tak puas hati. tapi kami tetap pergi. untuk apa? untuk makan. kerana apa? waktu makan sajalah kami dapat bersama dan bercerita dan bergosip dan bertukar makanan dan mengeratkan hubungan. walaupun tinggal satu rumah, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. tambahan pula di waktu akhir semester. semua sibuk dengan FYP. pantang ada salah seorang yang ajak makan, pasti semua nak ikut. cari peluang untuk bersama. dan yang paling aku ingat, Shamira akan belanja kami makan. dia tak pernah kisah pasal duit. kecualilah bila dia betul-betul sengkek. terima kasih banyak-banyak kawan. bila aku sudah punya duit sendiri aku belanja dia balik. aku bawa dia pusing kedah kalau dia datang. naik Viva. aku takda kereta besar.
Tiba-tiba juga (akhir-akhir ini)aku rasa nak pergi Hot-hot. kedai makan yang menjadi tempat lepak aku, mun, nadia, nady dan seangkatan dengannya (aku tahu siapa). itulah tempat kami meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sesiapa yang membuat onar dengan kami. bukan tidak mahu bersemuka. sekadar mencari jalan belakang sebagai penyelesaian. kami meluah sambil makan roti canai. kedai tu dah jadi macam port wajib kami. waktunya mestilah jam 11 dan ke atas. kami duduk, minum dan sembang sampai kedai tutup. tapi cerita kami belum tutup. kami terus ke lapangan kosong di Stadium Sultan Mizan. matikan enjin kereta dan duduk di kaki jalan di bawah lampu jalan dan menyambung ketidakpuasan hati kami. kadang-kadang berlanjutan hingga ke jam 3-4pagi. kalau tak habis juga kami ronda pusing Gong Badak hingga K.Terengganu. masih bercerita hal ketidakpuasan hati kami. hanya inilah caranya kami dapat kenal hati budi masing-masing. bagaimana seseorang mengadili seseorang yang lain. tapi aku lebih banyak mendengar rasanya dan sesekali mencelah. memberi pendapat, mungkin. hidup ini kita mestilah saling memberi dan menerima. kalau tidak, tak lengkaplah hidup. bila diingat, rasa kelakar dan tak masuk akal pun ada. hampir setiap minggu kami melakukan aktiviti ini (jika ada kelapangan). sesekali terasa ingin ke Hot-hot lagi dan melepak hingga ke 5 pagi.
Sekali lagi, memori indah ketika belajar yang pastinya tidak akan aku lupa. trip bersama. tak kiralah yang di bawah fakulti atau yang aktiviti sendiri. semuanya memberi 1001 erti dan berjuta-juta bait memori kepadaku. apalagi yang paling menggembirakan bila dapat bergelak tawa bersama walaupun di dalamnya ada terselit duka dan luka. yang penting kami sepakat bila bergembira. terlalu banyak kenangan. seronok tidak terkira. seperti dunia kami yang punya. mujurlah aku sempat merakamkannya dengan body kameraku yang tak seberapa ini. itu sajalah pengubat rindu terhadap kalian semua.
Bilakah lagi kita dapat bergembira lagi sahabat-sahabatku? adakah lagi waktunya untuk kita melepak dan bersuka-ria lagi? masih bolehkah aku merakam detik-detik indah itu dengan kameraku ini? andai berkesempatan aku mau ke sana lagi. tapi bukan seorang. anda juga akan ku heret ke sana. bisakah sahabatku? bisakah?
Aku mau kembali ke waktu dulu.
No comments:
Post a Comment