Ya, selamat tinggal Kerpan. Enam (6) hari lagi aku dan Zai akan meninggalkan Kerpan iaitu Ladang Udang Arca Biru di mana kami menjalani latihan praktikal di bawah program GEMS. Oh, sayu. sebab tak dapat diserap untuk bekerja di situ tapi aku seronok juga sebab akan hilanglah rasa bosanku membuat kerja yang tidak kena dengan jiwa seperti menaip nombor, mengira angka dan menganalisis akaun. apakah itu? suatu kerja yang bukan idaman hatiku tapi aku dipaksa untuk melakukannya. huh. Dan hari ini aku ponteng kerja sebabnya hari ini tak ramai orang di ofis jadi aku akan bosan sebab tiada kerja untuk dibuat.
Nak tunjuk sikit gambar ladang udang tersebut.
Harvest station
Kolam yang belum di-stocking
Depan ofis ford ranger yang takda road tax
Inilah interior ofis yang semak dan tak mengikut 5S langsung.
bikin serabut saja.
Ini induk yang telah dijual sebab tak menepati spesifikasi.
staf kolam dan ofis juga yang beli.
isinya tak berapa sedap, liat dan susah nak makan. huh.
Dan ini pula Zai, rakan sepraktikal aku.
No comments:
Post a Comment