Setelah diselidiki, diteliti dan difahami, iols rasa berbesar hati nak bagi beberapa tips untuk uolls yang merancang nak kahwin tu. Bagi yang tak tahu langsung nak mula bolehlah dijadikan panduan. Bagi yang dah mula tak payah la nak rewind pulak. Teruskan aje.
Pertama sekali uols haruslah tahu KONSEP/TEMA majlis nanti. Tema barat ke timur ke tradisional ke moden kontemporari ke campur dan suai ke dan apa-apa sajalah konsep yang uols rasa sesuai dengan diri dan kampung uols. eh kampung?? Then, tema warna pun perlu diambil kira. Warna pelamin, skirting meja makan, khemah, langsir rumah, cadar katil bilik pengantin, yang penting sekali warna baju pengantin uols. Mestilah sesuai dengan warna kulit, tak suram dan mode ceria yang boleh menaikkan seri di wajah anda dan pasangan. Warna baju sedara mara pun penting jugak. Sama ada senada dengan baju Si mempelai atau kontra dari Si mempelai supaya tetamu boleh kenal mana satu pengantin mana satu tuan rumah mana satu tukang angkat lauk. iols kalau boleh nak kontra hikhikhik..
Keduanya, BUSANA indah Si mempelai. Tadi dah cakap pasal warna kan, sekarang jenis pulak. Baju kurung ke kebarung ke kebaya ke jubah ke gaun ke.? FESYEN baju yang uols pilih sangat penting. Untuk mengelakkan dari menjadi bahan gurauan dan ejekan kawan-kawan, sanak saudara dan tetamu yang hadir. Opcourse la si pengantin ingin kelihatan langsing dan tinggi dan menawan pada hari bahagia tersebut. Jadi kalau yang berbadan gempal pakailah busana yang boleh camouflage pinggang nampak ramping. Kalau kurus sangat pilihlah busana yang detailing berat sarat di bahu atau dada. Kalau sedar diri tu pendek tak payahlah pakai gaun meleret-leret atas jalan tar. tak pasal-pasal rosak manik koran kat baju bridal house iteww. Kawan-kawan iols sangat cerewet bab baju ni. Nak itu nak ini taknak itu taknak ini. nak kecik situ nak besar sini. haishh macam-macamlah. Tau lah awak tu bakal pengantin tapi tak payahlah nak melebih-lebih sangat kot. (emo kejap). Ada lagi. busana indah Si mempelai juga terbahagi kepada dua. Nikah dan bersanding. Baju nikah mungkin sopan sikit sebab nak masuk masjid. Memadailah dengan kurung moden patch lace/manik, atau jubah moden berpotongan longgar. Untuk majlis bersanding uols ada banyak pilihan lagi di butik pengantin tu. Boleh request baju baru atau sewa je baju sedia ada. I know, baju bersanding uols mestilah lebih mengancam dari baju nikah kan?? Ada jugak orang tempah baju pertunangan dah macam bersanding then, bila nak bersanding dah tak tau nak pakai stail apa sebab dah pakai masa bertunang dulu. So, uols buatlah pilihan yang tepat.
Ketiganya,HANTARAN KAHWIN uols. barang-barang hantaran nak taruk dalam kotak plastik ditepinya lekat riben/renda juntai-juntai berkilat macam zaman 90-an gitu atau letak atas dulang pahar berkerawang emas ditutupi dengan lapik berkilauan ala M.Daud Kilau dan digubah cantik sekali habis jarum peniti satu kotak ataupun trend sekarang main campak-campak dan tabur-tabur je terus menang tempat pertama. Lepas tu, bunga hiasannya bunga plastik atau bunga segar bugar. Tapi kalau sebelah pihak saja guna bunga segar manakala pihak yang satu lagi tetiba bawak hantaran zaman 90-an sebab dorang datang dari jauh utara ke selatan kan tak sedap pulak mata memandang. Mulalah orang bercakap-cakap di belakang telinga kita. Panas ja dengar kan. Oleh itu perlu ada keserasian walaupun untuk hantaran kahwin ni. berbincanglah dengan elok. Pilih mana sesuai dan senang untuk dibawa serta tidak menyusahkan si pembuat dan si pengusungnya nanti. Tentukan juga jumlah bekas hantaran yang perlu diberi dan dibalas. Sikit lebih afdal tak payah nak menunjuk sangatlah bagi barang mahal-mahal. kalau ada orang kebas kan menyehsal.
Keempatnya pula ialah hadiah pintu atau DOOR GIFT ahaks.. Nak bagi bunga telur ke biskut raya ke muffin ke apam polkadot ke cikedis ke Surah Yasin dan tasbih ke. Tak kisahlah kalau uols bajet besar bagi je semua tapi pastikan letak dalam satu beg supaya senang tetamu nak bawak balik. Takde lah terjatuh-jatuh atau tertinggal atas pelamin. Kadang-kadang tuan rumah/pengantin suka bezakan door gift untuk tetamu ni. VIP, sedara mara, kawan-kawan jauh, kawan-kawan dekat dapat door gift lain-lain. Kenapa perlu dibezakan? ini mendatangkan sifat dengki dan cemburu kerana aku dapat kau tak dapat. kau dapat aku dapat. Pada pendapat saya cuma door gift untuk pihak rombongan lelaki/perempuan yang perlu dibezakan dari door gift tetamu yang datang makan kenduri. Bagilah special treat sikit, beg besar sikit, barang banyak sikit. Itu je yang lain-lain tu samakan je lah. takde lah tuan rumah pening nak bagi ini untuk siapa itu untuk siapa. Semua yang datang akan balik dengan buah tangan yang sama kan adil namanya.
Kelimanya, bab tangkap menangkap GAMBAR. dah jadi perkara wajib dah sekarang ni kalau nak kahwin. majllis mesti ada PHOTOGRAPHER ikut je bontot pengantin. Yes, ada baiknya. Anda nak simpan memori perkahwinan idaman dengan putera/puteri kesayangan anda. Kalau takde photographer takde la gambar. Jadi uols kenalah melantik Official Photographer/s handalan yang pandai mengambil shot-shot terpenting dalam hidup uols. harga berpatutan dengan servis yang diberi perlu dipertimbangkan. atau uols boleh gigit jari after post wedding. Tanyalah pada kawan-kawan yang telah berkahwin tentang photographer yang mereka gunakan. Kawan-kawan pun rekemenlah yang bagus, hasil kerja kualiti dan bermutu, servis tiptop, pandai ambil hati customer dan yang penting ada free gift ke tidak.
Yang terakhir, TERTIB (macam rukun sembahyang pulak). Ikutlah proses sebetulnya jangan caca merba. buat sini sikit buat sana sikit nanti awak jugak yang pening. dan ikut bajet yang anda dan pasangan anda ada. Sebaiknya lakukanlah dengan sederhana tak elok membazir kan amalan syaiton. Yang penting perkara wajib settle. Orang cakap once in a lifetime. Tapi kalau lepas kenduri kau melangut je kira bintang kat langit tu sebab poket kering tak guna jugak. Duit lepas kahwin pun nak pakai banyak sebab dah hidup berdua bukan bujang lagi macam dolu-dolu. Nak bermewah boleh tapi berpada-padalah. Niat kena betul.
Jadi kepada bakal-bakal pengantin pandai-pandailah buat belanjawan. Yang mana boleh DIY, DIY je. kalau tak boleh carilah kawan-kawan yang boleh hahaha.. Ni baru sikit tips je. Highlight yang terpenting sebab benda ni lah yang paling rumit dan kadang-kadang bakal pengantin kena fikir sendiri. bab makan mak ayah boleh uruskan. Ingat!! niat kena betul.
Selamat Bernikah!!
No comments:
Post a Comment