Ya Allah Ar-Rahman Ar-Rahim
Sempena dengan kemuliaan tahun baru Hijirah ini
Aku bermohon kepadaMu tetapkanlah imanku, tingkatkanlah ketaqwaanku
Agar aku dapat bertawadduq dalam melakukan ibadah
Semoga aku dapat menjadi hambaMu yang taat, menjadi anak yang solehah, dan tidak menderhakai ibubapaku
Semoga mak sentiasa menjadi ibu yang mulia dan disayangiMu
Semoga abah dan abangku berubah ke arah lebih baik, tinggalkan rokok dan menjadi orang masjid
Semoga adik menjadi anak yang menghargai keluarga dan suami yang soleh serta bertanggungjawab terhadapMu dan isterinya
Semoga adik ipar menjadi isteri solehah dan taat kepadaMu dan suaminya
Semoga saudara saudaraku sentiasa menjaga ukhwah dan berkasih sayang
Semoga umat Islam seluruh dunia bersatu padu dan melupakan persengketaan serta sentiasa ingat kepadaMu
Semoga kami semua dapat berhijrah ke jalan Allah yang diredhai agar dapat bertemu dengan kekasihMu ya Rasulullah
Limpahkanlah rahmatMu ya Allah
Kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada seluruh umat manusia
Segala puji pujian,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda, serta sahabat sahabat baginda
Amin ya Rabbal 'alamin
Monday, November 4, 2013
Terima kasih Allah
Wednesday, October 16, 2013
Hujan
Hujan tanpa henti
Bikin aku gelisah hati
Takut janji tak dapat ditepati
Risau tergendala kerja hari ini
Hujan tanpa henti
Kadang kadang seronok sekali
Tarik selimut tutup kepala hingga ke kaki
Tidur mati tak sedar lagi
Hujan tanpa henti
Peringatan buat diri
Semuanya nikmat Ilahi
Nikmat yang patut disyukuri
Friday, September 6, 2013
Kaki sendiri
Bila rakan kongsi lari
Terkapai kapai aku seorang diri
Nak cari pengganti tak sampai hati
Nak tutup kedai hati tak berani
Itu sajalah punca rezeki
Cuba mencari ikhtiar sendiri
Harap harap hidup diberkati
Monday, August 12, 2013
Thursday, July 11, 2013
Ramadhan tiba lagi
Masih belum terlambat kiranya untuk daku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua Muslim di Malaysia dan seluruh dunia.
Hari kedua berpuasa. Semoga dapat bertahan sehingga ke hujung Ramadhan.
Semoga dapat melakukan sunat Terawikh yang hanya dijumpai sekali dalam setahun. Apalah kiranya 20 rakaat dalam 2 jam jika dibandingkan dengan drama melayu 30 minit yang langsung tak memberi manfaat kepada kita.
Di bulan mulia ini, dapatlah kiranya meninggalkan perkara lagho yang sering dilakukan sebelum ini dengan mengisi ruang dan waktu yang ada dengan membanyakkan zikir dan membaca al Quran.
Semoga amal ibadah kali ini lebih baik dari kali sebelumnya.
P/s: peringatan untuk diri sendiri.
Saturday, May 18, 2013
Manusia di terminal
Dalam sepuluh orang di setiap kerusi
3 daripadanya menilik sesuatu di tangan
Swipe kiri swipe kanan
Galaxy tab vs mini ipad
4 daripadanya menekan keypad nokia lama
3 lagi mungkin sedang berbalas bbm dengan teman seberang sana
Dalam sepuluh orang di bangku menunggu
2 daripadanya sedang membaca tabloid harian penuh gosip dan putar belit cerita
3 daripadanya rancak berbual isu semasa dan pelan negara
3 orang lagi asyik dengan smartphone di tangan
2 lagi matanya merayap ke segenap inci terminal
Dalam sepuluh orang yang menunggu
1 daripadanya membaca novel cinta fantasi paling popular
8 yang lain masih memegang smartphone
Swipe atas swipe bawah
Tenyeh, tenyeh, tenyeh
Gosok, gosok, gosok
Facebook notification katanya
Instagram uploading ceritanya
Tak mahu ketinggalan
1 lagi tersengguk di kerusi tunggu giliran
Tuesday, May 7, 2013
Makan pujian
Kau rasa diri kau pandai
Tapi ilmu kau cuma sebesar seekor semut hitam
Dia rasa kau pandai
Tapi pujiannya tak lebih sekadar bodekan atau iri hati mungkin
Orang rasa kau pandai
Tapi kau menafikan
Tidak mahu rasa riak barangkali
Lagi dinafi lagi menjadi
Terbit riak tak sedar dek diri sendiri
Lalu kau sedikit bangga diri
Kau kata rezeki Ilahi
Tak usah dipuji
Takut memakan diri
Thursday, April 25, 2013
Realiti vs fantasi
Realiti ialah apa yang aku sedang buat masa ini
Fantasi ialah apa yang aku sedang fikir sekarang ini
Apa yang aku fikir tak seperti apa yang aku buat
Hidup tunggang langgang ialah normal
Hidup ada suka, duka, masalah adalah realiti
Tiap hari tak semestinya sama dalam mimpi
Tiap pagi pasti ada bezanya
Walau nampak sama
Aku cuba hidup dalam fantasi tanpa duka tanpa masalah
Fantasi tentang hidup yang indah
Dikelilingi sukses dan jenama terkenal
Dilindungi oleh jejaka kacak persis jejaka novel cinta melayu yang hanya fantasi penulis semata
Realitinya
Itu semua fantasi
Sunday, April 21, 2013
Ini memang kerja saya
courtesy of mira sakira, the customer |
The wedding projects
Monday, April 15, 2013
Hari serabut serabai
Apahal gua serabut sangat hari ini? Ada sesuatu yang buat gua rasa tak tenang. Adakah sebab nama perniagaan yang gua daftar pagi tadi tak menjadi? Gua memang rasa tak puas hati la. Kenapa tak kasi gua pakai nama yang gua suka? Perlu ke nama tu berkait dengan perniagaan yang gua nak buat? Oke memang perlu supaya orang tahu apa yang gua jual tapi ada ramai je yang letak nama tak berkaitan langsung dengan nature business diorang. Contohnya Keris Tunjang Enterprise tapi buat bisnes paip. Bukannya bisnes keris. Jadi kira okey la gua letak nama yang gua suka. Catchy kot nama gua. Baru la orang tertarik menarik kau memang da bommm.
Duhhh tensen la gua macam ni. Takda enterprise kat belakang macamana.? Pandai pandai lak officer tu tambah 'koleksi' kat depan. Terus gua kena buat koleksi saja. Dah tak boleh jual benda lain. Ke gua aje yang tak paham?
Lagi satu gua serabut. Mesin jahit gua kat kelas tu buat perangai pulak. Tahu ler dah lama gua tak guna dia sebab gua guna mesin sebelah dia yang lagi best dan masih dara..hahaha... tapi tak payah la nak mogok tapak penekan rosak dan benang asyik putus. Ke sebab benang tu dah reput? Banyak pulak alasan gua. Baju yang gua jahit tadi pun tak menjadi. Pecah rekod gua tetas benang 13 kali. Kain pun dah hampir hampir mahu pecah gara gara tercucuk sama itu penetas tajam bak sembilu. Mulalah gua nak marah orang je tadi. Budak budak kelas tanya, gua cakap mood lari ikut jantan mana ntah. So jangan cari pasal dengan gua. Habis satu kelas tak berani tegur gua bila gua tunjuk muka nak bagi penampar dan penyepak pada mesin jahit yang buat gua sakit hati tu. Nasiblah gua masih boleh kawal perasaan gua. Kalau tak memang tunggang terbaliklah kelas tadi tu.
Pendek kata hidup gua hari ini memang serabut serabai. Kesimpulan yang gua dapat, jangan ikut je cakap orang. Pikir betul betul sebelum lu orang dan gua buat keputusan sebab benda ini berkait dengan duit lu orang dan duit gua. Ciao.
Wednesday, April 10, 2013
Apa yang sedang dilaluinya?
Terlalu banyak alasan yang dicipta
Terlalu banyak helah yang digunakan
Betulkah semuanya?
Semuanya betul?
Apa penyebab alasan tercipta?
Mungkin dia malas
Atau hobinya memang mencari dan mereka alasan
Mungkin dia perlu perhatian
Tapi
Kalau didengar betul betul ceritanya seperti benar sekali
Takkanlah nak main main dengan hal sakit mati
Nak tak nak minda harus percaya
Hati harus terima dan beri rasa simpati
Hanya bisa simpati