Tuesday, January 22, 2013

Lebih rendah atau lebih tinggi?

Selalunya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, orang akan sambung belajar STPM atau Matriks atau lain lain sijil/sijil kemahiran berkaitan, lepas tu ambik Diploma, lepas tu ijazah Sarjana Muda, then, diorang akan further ke pengajian Sarjana. seterusnya, Doktor Falsafah. dan belajar dalam bidang yang berhubung kait sahaja. tapi terbaliknya, aku, tamat ijazah Sarjana Muda (after many years), baru terhegeh hegeh ambik sijil kemahiran. dan bidang yang tak ada kaitan langsung dengan apa yang aku belajar masa universiti. niat di hati nak ada double degree tapi apakan daya diri ini tak ambik subjek lukisan masa SPM lalu tak dapatlah masuk bidang seni fesyen yang memerlukan kelulusan lukisan sebagai syarat. nak masuk kolej swasta, hutang yang lepas pun tak selesai lagi. akhirnya terperosoklah di kolej kerajaan yang tidak berbayar yang kelulusannya setakat sijil tahap 1.

Namun begitu, diri ini tetap bersyukur Alhamdulillah, kerana dapat juga masuk dan dapat sijil kemahiran. nantilah kalau layak dapat sijil, baru cerita lagi. sekurang-kurangnya dapat menajamkan kemahiranku yang sedia ada ini dan dapat mengajar budak budak baru belajar walaupun terang teranganlah f.o.c. tak kesahlah janji ilmu tak hilang malahan datang bertimpa timpa.

Btw, cerita pasal budak budak baru belajar, mereka ini budak lepasan spm dan stpm yang sangat berkarenah dan macam macam hal. hidup berpuak puak, suka mengata pedas pedas, mulut tak henti cakap, suara sangat kuat, manja, semua tak tahu, suka merungut, kerja takmau buat nak melawa saja dan ada yang tidak beradap. sorry to say, cakap dengan cikgu macam cakap dengan kawan kawan. melawan dan tidak sopan. from my perspective, i can say that they have no respect to cikgu and the people older than them. from their perspective, who knows. yang baik tu baiklah, yang lain tu hmmmmp nan hado. taktau nak cakap. harap harap depa ubah sikap bila masuk uni nanti.

No comments: