Saturday, May 18, 2013

Manusia di terminal

Dalam sepuluh orang di setiap kerusi
3 daripadanya menilik sesuatu di tangan
Swipe kiri swipe kanan
Galaxy tab vs mini ipad
4 daripadanya menekan keypad nokia lama
3 lagi mungkin sedang berbalas bbm dengan teman seberang sana

Dalam sepuluh orang di bangku menunggu
2 daripadanya sedang membaca tabloid harian penuh gosip dan putar belit cerita
3 daripadanya rancak berbual isu semasa dan pelan negara
3 orang lagi asyik dengan smartphone di tangan
2 lagi matanya merayap ke segenap inci terminal

Dalam sepuluh orang yang menunggu
1 daripadanya membaca novel cinta fantasi paling popular
8 yang lain masih memegang smartphone
Swipe atas swipe bawah
Tenyeh, tenyeh, tenyeh
Gosok, gosok, gosok
Facebook notification katanya
Instagram uploading ceritanya
Tak mahu ketinggalan
1 lagi tersengguk di kerusi tunggu giliran

2 comments:

Anasyg said...

datang dari blog maria elena :) tersuka plak post ni :) salam perkenalan

i-do-What-i-WANT said...

oh tenkiu..salam perkenalan jugak..