Sunday, June 17, 2012

Peri pentingnya ketiak putih

Tajuk tak kena mengena dengan cerita ok mungkin ada kena sedikit macam iklan deodoran angkat tangan dan tayangkan ketiak putih bersinar untuk tahan kereta mamat hensem lalu lalang sebab tayar kereta sendiri pancit. Di sinilah pentingnya ketiak putih agar ada kereta berhenti memberikan pertolongan (muahahaha...).

Iolls nak story mory kat uols beberapa hari lepas iaitu pagi hari Jumaat hari yang mulia sewaktu iols dan rakan rakan, Kak Imah dan Yana dari butik hendak ke Sik untuk mengajar peserta kursus jahitan manik, kereta weols terkandas di tepi disebabkan tayar pecah :'( nasib baik ada seorang pakcik yang baik hati menunggang motosikal berhenti menghulurkan bantuan. Walaupun begitu bantuan yang dihulurkan mendatangkan bencana kepada weols. Uols bayangkanlah dengan foto foto di bawah ye..

Tayar pancit yang tak disangka sangka. kat sebelah tu ialah motor pakcik yang menolong

Close up. benda ni taktau nama guna untuk putar skru sport rim patah dikerjakan pakcik yang menolong. lepas patah dia terus blah sambil buat muka tak bersalah tapi menyalahkan that thing besi lembut sangat katanya

Kak Imah cuba menahan kereta lalu lalang dengan teknik angkat ketiak Rexona tapi  beroleh kehampaan

Luckily, Plus Peronda melalui lebuhraya pada waktu itu

Dan menghulurkan bantuan

Tayar spare yang berkilat macam baru guna terus sampai Sik

Pengakhirannya, weols tetap bersyukur Alhamdulillah sebab ada pakcik baik hati yang menolong walaupun dia sebenarnya macam tak tahu je nak tukar tayar. Iols tahu sebenarnya how to change the tire tapi oleh sebab tak pernah praktikkan tayar tak pernah pancit jadi iols tidak mencuba. Kalaulah iols yang buat dulu mesti weols tak payah tunggu berejam kat atas high way tersebut dan that thing takdelah patah.
Anyway thank yous pakcik yang menolong dan Plus Peronda.

Owhowh,, terlupa nak cakap betapa pentingnya weols orang perempuan tahu cara yang betul untuk menukar tayar bila kejadian seperti ini berlaku. Jadi uols lepas ni pergi belajar tukar tayar dengan ayah pakcik abang boifren dan sebagainya ye!

Sunday, June 10, 2012

Putus asa kenapa?

Pernah tak korang rasa seperti putus asa? Give up sangat sampai dah tak mau buat benda tu? Aku pernah. Bila orang tak hargai dan iktiraf apa yang aku buat. Bukan pujian yang aku mahukan tapi kepercayaan dan keyakinan. Macam mana nak tunjukkan bakat dan hasil kerja kalau tak diberi peluang? Mula-mula beria booking aku, bila hari yang ditunggu tiba, baru cakap dah ada orang lain buat kerja tu. Sampai bila nak macam ni? Aku perlu ruang. Masa aku banyak. Aku boleh buat yang terbaik macam yang korang nak tapi peluang? Kosong. How then? Atas sebab musabab inilah aku rasa putus asa. Nak letak senjata. Tukar. Atau terus berhenti. Ya. Aku tak sepatutnya rasa begitu. Tapi orang terdekat pun tak beri peluang, tak bagi kepercayaan, takkan aku nak tunggu lagi. Mungkin rezeki aku bukan di situ. Mungkin rezeki aku di sana.

Bolehkah aku berhenti di sini saja?

Thursday, June 7, 2012

Bulu apa tu?

Kenapa tiba-tiba cabut bulu? Banyak pulak tu. Bukankah baru-baru ni kamu dah cabut bulu ke? Kenapa cabut lagi sekarang? Apa sudah jadi? Stress kah? Ada sesuatu yang mengganggukah? Cuba ceritakan. Dia cabut bulu banyak-banyak dan letak di tepi. Cabut saja tapi tak makan. Maknanya? Dia beranak lagi. Arnabku beranak lagi. Kenapa lagi? Baru sebulan anak yang dulu lahir. Masih kecil. Kau dah la tak pandai jaga anak. Bagi susu pun tak sudi. Anak-anak kau kecil lagi tahu tak? Tak cukup nutrisi dan hari ini kau keluarkan anak lagi. Oh, oh, macam tak cukup hari ja. Lima ekor tapi seekor cacat tak cukup sifat dan mati.
Kesiannya.Di sebalik bulu ada hidupan kecil sebesar ibu jari berwarna merah dan tidak berbulu. Euuwww

Monday, May 14, 2012

Friday, May 4, 2012

Saturday, April 21, 2012

Thursday, April 5, 2012

Bunga tangan buatan tangan

Bunga tangan untuk pengantin @ flower girl @ pengapit pun boleh dibuka untuk tempahan. Tempahlah mengikut warna dan jenis kesukaan anda. Tinggalkan komen atau emel nuttchan@gmail.com untuk pertanyaan lanjut


foam flower hand bouquet

fabric flower hand bouquet

satin hand bouquet