Sunday, June 17, 2012

Peri pentingnya ketiak putih

Tajuk tak kena mengena dengan cerita ok mungkin ada kena sedikit macam iklan deodoran angkat tangan dan tayangkan ketiak putih bersinar untuk tahan kereta mamat hensem lalu lalang sebab tayar kereta sendiri pancit. Di sinilah pentingnya ketiak putih agar ada kereta berhenti memberikan pertolongan (muahahaha...).

Iolls nak story mory kat uols beberapa hari lepas iaitu pagi hari Jumaat hari yang mulia sewaktu iols dan rakan rakan, Kak Imah dan Yana dari butik hendak ke Sik untuk mengajar peserta kursus jahitan manik, kereta weols terkandas di tepi disebabkan tayar pecah :'( nasib baik ada seorang pakcik yang baik hati menunggang motosikal berhenti menghulurkan bantuan. Walaupun begitu bantuan yang dihulurkan mendatangkan bencana kepada weols. Uols bayangkanlah dengan foto foto di bawah ye..

Tayar pancit yang tak disangka sangka. kat sebelah tu ialah motor pakcik yang menolong

Close up. benda ni taktau nama guna untuk putar skru sport rim patah dikerjakan pakcik yang menolong. lepas patah dia terus blah sambil buat muka tak bersalah tapi menyalahkan that thing besi lembut sangat katanya

Kak Imah cuba menahan kereta lalu lalang dengan teknik angkat ketiak Rexona tapi  beroleh kehampaan

Luckily, Plus Peronda melalui lebuhraya pada waktu itu

Dan menghulurkan bantuan

Tayar spare yang berkilat macam baru guna terus sampai Sik

Pengakhirannya, weols tetap bersyukur Alhamdulillah sebab ada pakcik baik hati yang menolong walaupun dia sebenarnya macam tak tahu je nak tukar tayar. Iols tahu sebenarnya how to change the tire tapi oleh sebab tak pernah praktikkan tayar tak pernah pancit jadi iols tidak mencuba. Kalaulah iols yang buat dulu mesti weols tak payah tunggu berejam kat atas high way tersebut dan that thing takdelah patah.
Anyway thank yous pakcik yang menolong dan Plus Peronda.

Owhowh,, terlupa nak cakap betapa pentingnya weols orang perempuan tahu cara yang betul untuk menukar tayar bila kejadian seperti ini berlaku. Jadi uols lepas ni pergi belajar tukar tayar dengan ayah pakcik abang boifren dan sebagainya ye!

No comments: