Saturday, June 23, 2012

Kuasa memujuk

Apasal aku bengap sangat. dulu masa guna Wimax terhegeh hegeh nak tukar internet provider lain. lepas tu register Celcom broadband dah kena bayar mahal sebab salah pilih pakej (salah bapak i ok). terminate yang mahal dan ambil pakej murah. broadband ok yang speednya boleh tahan laju kalau bukan peak hours. lagipun bukannya buat kerja berat setakat stalking kawan kawan facebook dan hapdet blog jah. broadband ok uols boleh bawak ke mana anda suka sim card boleh masuk henfon jugak. bil dah murah rm68 saja. salah satu sebab nak guna broadband ialah tanpa wayar yang berselirat di sekeliling rumah aku.

Tapi kenapa TM buat promosi pemasangan percuma sekarang ni? talian tetap dan internet rm110 dan pemasangan percuma. aku boleh pulak kata setuju nak pasang sedangkan aku dah ada broadband celcom yang amat praktikal dan mudah dan tak perlu plug dan wayar bersimpul simpul. haishh betapa bengapnya. tak terfikir pulak modem kena walaupun ada wifi kena pasang banyak wayar kabel internet, kabel telefon, kabel adapter bagai. memanglah ada semua tu tapi...apasal tak terfikir eh? aku memang taknak ada wayar bagai taknak semak tapi sekarang dah semak kepala hotak aku dok fikir macamana nak guna nanti. kena pasang adapter laptop lagi, pasang modem lagi. semua itu perlukan plug. benda alah tu kat bawah, aku lepak dalam bilik. tak rasa ada masalah ke? cuba fikir. bukannya aku online lama pun. sejam dua ja.

Inilah kuasa memujuk. ubat apalah yang tele promoter tu spray sampai pelanggan yang dihormati terpedaya dengan promosi yang diberi. perkataan percuma mungkin memainkan peranan yang maha dahsyat. dah elok elok guna broadband yang praktikal, sekarang terpaksa pening kepala nak fikir mana nak sambung wayar, mana nak gagau plug. nak terminate, kontrak satu tahun. terminate sekarang kena refund. awal bulan baru keluar 3++ untuk bil pakej mahal dan tukar pakej baru. takkan nak keluar 3++ lagi untuk terminate awal. rugi. rugi. sebelum buat keputusan taknak fikir 18 kali sekarang kan dah menyesal. ada lagi masalah signal tak boleh tarik kuat sebab wayar telefon dekat sangat dengan wayar letrik. jadi kalau pasang modem, besar kemungkinan connection terganggu. sekejap ada sekejap tak ada macam biskut chipsmore. hah, susahlah nak guna. tapi kalau tak guna bertambah tambah kerugiannya, tiap bulan buta ja bayar 110. gunanya haram tak. macamana kira ni????

Menyesal kemudian tak berguna lagi. bab habiskan duit memang aku juara.

No comments: