Lebih tepat lagi, orang Melayu (Mami kot). aku bunyi sikit ja dia sudah gelabah. orang kalau buat salah memang cepat gelabah dan suka melenting kan? itu belum aku komen pasal kedai dia lagi. sudahlah kedai sempit, barang sangat banyak okay, dan panas, kipas pun tala kat dia ja, nak cari barang sampai berpeluh-peluh dan ada barang yang tak dijumpai. nama kedai kemain lagi, tapi kat dalam segala jenis benda pun kau nak jual. kalau susun elok tak apa la jugak, masalahnya berserabut dan berterabur macam dalam setor yang tak pernah disimpan. kau beli, kau campak. kau cari, kau sepah.
Aku bukannya menuduh hang salah kira makcik, tapi cuma nak tahu harga sahaja. itu pun aku tengah cakap dengan mak aku apesal hang nak perasan aku mengata kat hang? salahkah pelanggan ingin tahu harga barang. dahla resit hang pun cikai ja takda tulis nama barang pun. aku pun nak buat rekod jugak. ada ka patut hang p marah aku. aku ni customer hang tau dak?? very rude la for me yang memang sensitif bab customer service ni. apa salahnya kalau hang tanya balik elok-elok apa yang aku nak tau. hang tu dahla duduk ja kat kerusi tu bontot lekat dengan gam ka hapa. taktau nak ambik hati pelanggan langsung. aku baru berniat nak memborong di kedai hang sebab nak support melayu. tapi dah perangai hang macam tu baiklah aku pi kedai cina ja. depa lagi pandai ambik hati. kalau tak pun takda la terasa sangat sebab bukan sebangsa.
Now and forever, memang taklah aku jejak kaki lagi kat kedai hang makcik. berlagak sangat. macam bagus. kalau takda customer macam aku, ada nak maju kedai hang? baru cuit sikit dah melenting.
P/s: Sorry if it's smell like racist. just my humble thoughts.
Sunday, September 30, 2012
Thursday, September 20, 2012
Melepas
Setelah lebih dari 6 bulan berkenalan melalui seorang teman rapat, si P mendapat sms dari si L mengajaknya keluar. jamu perut di Mc D je pun. 3 kali ajak tapi di'reject' dengan tidak sengaja. bukan saja-saja nak reject okay.
Kali pertama (malam ahad)
pingpongg sms masuk
L: jom p mcD esok
P: ala xbleh la. ada kenduri member. nextime eh. sori
L: ok xpa
Kali kedua (ptg khamis)
calling
L: assalamualaikum. buat apa?
P: waalaikumussalam xbuat apa pon. awat?
L: saja la. ada kat pespik ni. kot2 nak mkn mcD. mai la
P: la ni ka? xbleh la keta bapak nak guna p keja. sori
L: pulak dah macam2 aih. xpa la sori ganggu
P: ok xpa
Kali ketiga (pagi khamis)
pingpongg sms masuk
L: nyumm nyumm sedapnya mcD
P: oo p x ajak
L: dak eh, baru nk ajak ni. jom
P: kul brp nk p?
L: dalam kul 11.30. la ni ada kt jeti
........................................
L: alamak eksiden la cancel mcD
P: aikk betoi ka eksiden kt mana? dgn apa?
L: betoi laa kt jeti langgaq org
........................................
L: abih dh duit gaji bayaq kt org tu n repair keta. x dpt la nk blanja mcD
P: kesiannya it's ok
Kesudahannya tiada lagi Mc D selepas 3 kali direject walaupun bersebab. no more next time. unlucky P, L was engaged according to his profile picture and his new FB account. plus P was removed and has never been in his friend list anymore. (how u know? stalker sangat kann..kewkewkew)
Sunday, September 9, 2012
Merancang perkahwinan
Ramai kawan sekolah dan kawan universiti yang sudah pun mendirikan rumah tangga. Pendek kata sudah berkahwin. Kesempatan yang ada digunakan untuk mengekor dan meneman mereka men'survey' butik pengantin untuk melihat baju-baju kahwin dan pelamin serta pakej yang ditawarkan. Ada pakej harga murah, ada yang mahal, ada yang terlebih bagi barang FOC, ada yang tak bagi langsung. Baju pulak ada yang terlalu sarat, terlalu glamor, baju nan hado pun ada jugak. Rasa tak gamak nak pakai. Pendek kata ada lebih ada kurang (pendek kata lagi).
Selamat Bernikah!!
Setelah diselidiki, diteliti dan difahami, iols rasa berbesar hati nak bagi beberapa tips untuk uolls yang merancang nak kahwin tu. Bagi yang tak tahu langsung nak mula bolehlah dijadikan panduan. Bagi yang dah mula tak payah la nak rewind pulak. Teruskan aje.
Pertama sekali uols haruslah tahu KONSEP/TEMA majlis nanti. Tema barat ke timur ke tradisional ke moden kontemporari ke campur dan suai ke dan apa-apa sajalah konsep yang uols rasa sesuai dengan diri dan kampung uols. eh kampung?? Then, tema warna pun perlu diambil kira. Warna pelamin, skirting meja makan, khemah, langsir rumah, cadar katil bilik pengantin, yang penting sekali warna baju pengantin uols. Mestilah sesuai dengan warna kulit, tak suram dan mode ceria yang boleh menaikkan seri di wajah anda dan pasangan. Warna baju sedara mara pun penting jugak. Sama ada senada dengan baju Si mempelai atau kontra dari Si mempelai supaya tetamu boleh kenal mana satu pengantin mana satu tuan rumah mana satu tukang angkat lauk. iols kalau boleh nak kontra hikhikhik..
Keduanya, BUSANA indah Si mempelai. Tadi dah cakap pasal warna kan, sekarang jenis pulak. Baju kurung ke kebarung ke kebaya ke jubah ke gaun ke.? FESYEN baju yang uols pilih sangat penting. Untuk mengelakkan dari menjadi bahan gurauan dan ejekan kawan-kawan, sanak saudara dan tetamu yang hadir. Opcourse la si pengantin ingin kelihatan langsing dan tinggi dan menawan pada hari bahagia tersebut. Jadi kalau yang berbadan gempal pakailah busana yang boleh camouflage pinggang nampak ramping. Kalau kurus sangat pilihlah busana yang detailing berat sarat di bahu atau dada. Kalau sedar diri tu pendek tak payahlah pakai gaun meleret-leret atas jalan tar. tak pasal-pasal rosak manik koran kat baju bridal house iteww. Kawan-kawan iols sangat cerewet bab baju ni. Nak itu nak ini taknak itu taknak ini. nak kecik situ nak besar sini. haishh macam-macamlah. Tau lah awak tu bakal pengantin tapi tak payahlah nak melebih-lebih sangat kot. (emo kejap). Ada lagi. busana indah Si mempelai juga terbahagi kepada dua. Nikah dan bersanding. Baju nikah mungkin sopan sikit sebab nak masuk masjid. Memadailah dengan kurung moden patch lace/manik, atau jubah moden berpotongan longgar. Untuk majlis bersanding uols ada banyak pilihan lagi di butik pengantin tu. Boleh request baju baru atau sewa je baju sedia ada. I know, baju bersanding uols mestilah lebih mengancam dari baju nikah kan?? Ada jugak orang tempah baju pertunangan dah macam bersanding then, bila nak bersanding dah tak tau nak pakai stail apa sebab dah pakai masa bertunang dulu. So, uols buatlah pilihan yang tepat.
Ketiganya,HANTARAN KAHWIN uols. barang-barang hantaran nak taruk dalam kotak plastik ditepinya lekat riben/renda juntai-juntai berkilat macam zaman 90-an gitu atau letak atas dulang pahar berkerawang emas ditutupi dengan lapik berkilauan ala M.Daud Kilau dan digubah cantik sekali habis jarum peniti satu kotak ataupun trend sekarang main campak-campak dan tabur-tabur je terus menang tempat pertama. Lepas tu, bunga hiasannya bunga plastik atau bunga segar bugar. Tapi kalau sebelah pihak saja guna bunga segar manakala pihak yang satu lagi tetiba bawak hantaran zaman 90-an sebab dorang datang dari jauh utara ke selatan kan tak sedap pulak mata memandang. Mulalah orang bercakap-cakap di belakang telinga kita. Panas ja dengar kan. Oleh itu perlu ada keserasian walaupun untuk hantaran kahwin ni. berbincanglah dengan elok. Pilih mana sesuai dan senang untuk dibawa serta tidak menyusahkan si pembuat dan si pengusungnya nanti. Tentukan juga jumlah bekas hantaran yang perlu diberi dan dibalas. Sikit lebih afdal tak payah nak menunjuk sangatlah bagi barang mahal-mahal. kalau ada orang kebas kan menyehsal.
Keempatnya pula ialah hadiah pintu atau DOOR GIFT ahaks.. Nak bagi bunga telur ke biskut raya ke muffin ke apam polkadot ke cikedis ke Surah Yasin dan tasbih ke. Tak kisahlah kalau uols bajet besar bagi je semua tapi pastikan letak dalam satu beg supaya senang tetamu nak bawak balik. Takde lah terjatuh-jatuh atau tertinggal atas pelamin. Kadang-kadang tuan rumah/pengantin suka bezakan door gift untuk tetamu ni. VIP, sedara mara, kawan-kawan jauh, kawan-kawan dekat dapat door gift lain-lain. Kenapa perlu dibezakan? ini mendatangkan sifat dengki dan cemburu kerana aku dapat kau tak dapat. kau dapat aku dapat. Pada pendapat saya cuma door gift untuk pihak rombongan lelaki/perempuan yang perlu dibezakan dari door gift tetamu yang datang makan kenduri. Bagilah special treat sikit, beg besar sikit, barang banyak sikit. Itu je yang lain-lain tu samakan je lah. takde lah tuan rumah pening nak bagi ini untuk siapa itu untuk siapa. Semua yang datang akan balik dengan buah tangan yang sama kan adil namanya.
Kelimanya, bab tangkap menangkap GAMBAR. dah jadi perkara wajib dah sekarang ni kalau nak kahwin. majllis mesti ada PHOTOGRAPHER ikut je bontot pengantin. Yes, ada baiknya. Anda nak simpan memori perkahwinan idaman dengan putera/puteri kesayangan anda. Kalau takde photographer takde la gambar. Jadi uols kenalah melantik Official Photographer/s handalan yang pandai mengambil shot-shot terpenting dalam hidup uols. harga berpatutan dengan servis yang diberi perlu dipertimbangkan. atau uols boleh gigit jari after post wedding. Tanyalah pada kawan-kawan yang telah berkahwin tentang photographer yang mereka gunakan. Kawan-kawan pun rekemenlah yang bagus, hasil kerja kualiti dan bermutu, servis tiptop, pandai ambil hati customer dan yang penting ada free gift ke tidak.
Yang terakhir, TERTIB (macam rukun sembahyang pulak). Ikutlah proses sebetulnya jangan caca merba. buat sini sikit buat sana sikit nanti awak jugak yang pening. dan ikut bajet yang anda dan pasangan anda ada. Sebaiknya lakukanlah dengan sederhana tak elok membazir kan amalan syaiton. Yang penting perkara wajib settle. Orang cakap once in a lifetime. Tapi kalau lepas kenduri kau melangut je kira bintang kat langit tu sebab poket kering tak guna jugak. Duit lepas kahwin pun nak pakai banyak sebab dah hidup berdua bukan bujang lagi macam dolu-dolu. Nak bermewah boleh tapi berpada-padalah. Niat kena betul.
Jadi kepada bakal-bakal pengantin pandai-pandailah buat belanjawan. Yang mana boleh DIY, DIY je. kalau tak boleh carilah kawan-kawan yang boleh hahaha.. Ni baru sikit tips je. Highlight yang terpenting sebab benda ni lah yang paling rumit dan kadang-kadang bakal pengantin kena fikir sendiri. bab makan mak ayah boleh uruskan. Ingat!! niat kena betul.
Selamat Bernikah!!
Monday, August 13, 2012
Kad raya pertama tahun ini
Terima kasih daun keladi kepada bekas teman serumahku Nadia yang sudi menitipkan kad raya ini kepadaku. terharu ceqqq...xoxo uols
Saturday, August 11, 2012
Too much hope
When people start judging us, they mean that they put all their trust on us. and they hope what they really hope. when they put too much hope, it will become a burden to us. when it comes to hope, meaning that we have to put all our effort on doing such things. that so-called hope become the stressful work that we could imagine. plus with the silly mistakes we might do, worse come to worst. eventhough we had tried so hard we still can't satisfy people's heart. their satisfaction is high, beyond expectation.
Yes, "customer is always right" is right. no denial to that phrase. there comes give and take. give your ideas and find the solution which can satisfy her heart and hope. take the whole idea and digest it in your own way. this is a win-win situation. i know she's going to wear it on her big day. she want to look nice. not just nice. damn nice. and pretty. i hope she will, too. there is neither a reason why i want to sabotage her nor even think about that. it just happened. something that we least expected. the miscommunication. i blame myself for that.
Now that the second chance was given. so the pressure is totally high. undo the mistake and start again. and the hope come back. not gonna repeat the line again. think, undo and start working.
Wednesday, August 8, 2012
Sughat untok adik
Adik, adik, awat la hang buat laguni? awat la hang jadi lagutu. dari skolah sampai hang dah gheja hang dok nyusah mak pak hang lagi. hang tak kesian ka kat mak. dok gheyau pasai hang wat prangai. hang tak tau ka hang dah menitiskan ayaq mata seorang mak, berdosa woo. tau la hang muda lagi nak enjoy, gheja teghok, gheja boring. tapi hang kena ingat la. hang kalau takdak duet hang habaq la kat kami. habaq la kat mak ngan abah. mintak kat aku pon tak pa aih. hang ingat aku takdak duet ka? ada la jugak sikit2. kalau takdak aku mintak kat mak. yang hang p berutang ahlong tu watpa??? cari pasai la hang ni. darah mak naik sampai tengkok dah hang tau dak?? hang nak bagi mak pi dulu ka? hang berutang, pak hang berutang, abang hang pon berutang. abih satu kaum keghabat berutang. hampa ni takdak gheja lain ka? kesian la kat mak bergolok bergadai rantai maih semoa dok bayaq utang hampa ja. kami gheja sampai nak putuih urat betih nak bayaq utang hampa semata. dah kami takdak pa la jugak. lagi satu yang hang dok pi main natang haram jadah tu pasaipa? dah hang tau haram hang lagi mau pi main. hang ni semayang dah la tak beropa nak lengkap. paihtu dok wat benda haram lak. hang ingat bleh kaya ka? lagi papa kedana ada la. gamak banyak sangat duet sampai tak tau nak wtpa bagi mai kat aku ni. dari hang dok pi main judi haram jadah tu bukan bleh menang pon. kalau menang pon duet tu hang bleh watpa ja? blanja pompuan tak malu tu?? gamak takdak gheja dah nak wat dalam kem tu baik hg pedeghaih moto balik mai. gamak sunggoh la hang ni. tak kesian kat mak pak hang ka? naseb baik la aku tak pi mana dok ada tang ni ja. dah la mangkok yang kat umah ni tak gheti2 pi cari duet sendiri. menyusahkan lagi. bukan aku nak berkira dengan hampa dua ekoq tapi benda dah betoi hampa yang tak gheti pikiaq. kalau tak ingat Tuhan pon ingat la kat mak pak hang yang bersusah payah bagi hampa senang. tak gamak depa tengok hampa kebuloq. tapi hampa tak paham2. mak dok haghap la hang elok kat sana. hang ja yang ada gheja elok tapi hang wat prangai camni plak. tak serik2 hang ni noo..hang dah korek balik ceghita lama 7 taun dulu. ka hang tak ingat dah?
dah la wei bertobat la kesian la kat mak. siang malam dok doa bagi hang elok, jadi manusia berguna, beriman, anak soleh. tapi hang langsung takdak rasa kesian. hang tak rasa bersalah ka? hang tak balik raya ni tak tau la aku. mak nak jadi lagu mana pon tak tau la. hang wat lagutu kat mak hang berdosa besaq dah. hang kena mintak ampun la wei. tobat tak wat dah. tah banyak mana lagi hang utang dengan orang kami pon tak tau. kot bulan posa ni nak dengaq brita elok2. ni dak aa dengaq brita hat bleh sakit jantung punya. nak raya pon tak senang dah. hishhh adik, adik.. hang tulong na wat prangai elok2 skit. bagi mak senang.
Sunday, August 5, 2012
Whenever, Wherever
(Reminder: This is not Shakira's lyric ahaks..)
Whenever I want to write, wherever I want to express my feeling the laptop is not with me. But whenever I switch on the mode, the mood to write fly away. Dunno what to tell. The feeling is there but it won't come out.
Whenever I want to write, wherever I want to express my feeling the laptop is not with me. But whenever I switch on the mode, the mood to write fly away. Dunno what to tell. The feeling is there but it won't come out.
Subscribe to:
Posts (Atom)