Sunday, November 15, 2009

KV 282 A a.k.a Ferrari buruk

Kalau anda mau tahu, kereta inilah yang aku naik ke resort semasa aku kerja di Langkawi dulu. kenapa sekarang baru nak upload? saja suka-suka. nama glamor kereta ini, Ferrari. tapi buruk yang amat. kedekut punya bos. dia tak mau tukar kereta baru. barang lamalah katakan. sayang pada kereta agaknya. mungkin kereta itu yang pertama dibuat sewa. haha.


Cerita semalam

Seorang anak kecil mengekor ayahnya tak kira ke mana ayahnya pergi. si ayah, dengan sebatang rokok tersepit di celah dua bibirnya, memegang tangan anak kecilnya itu dan sebelah lagi mengepit buku hutang yang dibawa ke mana saja. kadang-kadang si anak memegang bucu baju ayahnya tak lepas-lepas. di terik panas tengah hari itu, terpancar sifat kebapaan di sebalik wajah lelaki separuh umur itu (barangkali). dapat aku perhatikan setiap kali dia datang ke kolam udang, anak kecil itu selalu bersamanya. setia di sisi walaupun dijerkah dan dimarah. mungkin si kecil itu tidak mengerti apa yang dikatakan oleh ayahnya. atau mungkin dia faham. dan mungkin juga di dalam otaknya terfikir 'aku akan menjadi seperti ayah suatu hari nanti'.

Ya. mungkin si ayah tidak sehebat mana. tidak kira panas atau hujan, kotor dan lumpur, tetap dia mencari rezeki setiap hari demi anak-anak dan keluarganya. kadang-kadang mulutnya jahat sekali, bercakap benda yang tak sepatutnya namun di fikirannya, duit, duit dan duit. untuk siapa? hanya dia yang tahu.

Night shot


Kaedah cuba jaya.

Wednesday, November 11, 2009

Night wish

Bergambar bersama Disabela di depan tugu Helang, Dataran Lang. nasib baik foto cantik.

Tuesday, November 10, 2009

Waktu yang paling seronok

Benarlah kata orang, waktu yang paling seronok ialah di zaman persekolahan. maksud aku zaman kita belajar, tak kiralah di tadika, di sekolah, di kolej, di universiti. ya. aku paling rindukan zaman itu. banyak sangat memori yang tak dapat diolah dengan perkataan di sini. tapi memori itu sering bermain di minda aku. Bila duduk-duduk saja macam ni, teringatlah saat di kampus dulu. satu-satu kenangan datang. satu-satu acara bermain. macam menanti giliran untuk diputar dalam skrin mataku. tiba-tiba terasa nak melepak dengan Budak-budak Rumah Pantai di Kopitiam Uncle Chua yang selalu tersalah dengar order, walaupun begitu kami tetap setia ke sana kerana sudah tak ada tempat lagi untuk dituju bagi mengisi perut yang kosong ni. kemudian kami akan melangkah pula ke Secret Recipe di sebelahnya. ada waiter yang kacak di sana. kalau teringin makan yang lain dari kebiasaan, kami ke Mingstar Sushi pula. ubah selera menjamu bento dan sushi. walaupun di sini ada seorang waitress yang tak tahu adab. tak belajar customer service agaknya. asyik nak melenting saja. sudahlah order yang diambil pun salah. selalu buat muka tak puas hati. tapi kami tetap pergi. untuk apa? untuk makan. kerana apa? waktu makan sajalah kami dapat bersama dan bercerita dan bergosip dan bertukar makanan dan mengeratkan hubungan. walaupun tinggal satu rumah, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. tambahan pula di waktu akhir semester. semua sibuk dengan FYP. pantang ada salah seorang yang ajak makan, pasti semua nak ikut. cari peluang untuk bersama. dan yang paling aku ingat, Shamira akan belanja kami makan. dia tak pernah kisah pasal duit. kecualilah bila dia betul-betul sengkek. terima kasih banyak-banyak kawan. bila aku sudah punya duit sendiri aku belanja dia balik. aku bawa dia pusing kedah kalau dia datang. naik Viva. aku takda kereta besar.

Tiba-tiba juga (akhir-akhir ini)aku rasa nak pergi Hot-hot. kedai makan yang menjadi tempat lepak aku, mun, nadia, nady dan seangkatan dengannya (aku tahu siapa). itulah tempat kami meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sesiapa yang membuat onar dengan kami. bukan tidak mahu bersemuka. sekadar mencari jalan belakang sebagai penyelesaian. kami meluah sambil makan roti canai. kedai tu dah jadi macam port wajib kami. waktunya mestilah jam 11 dan ke atas. kami duduk, minum dan sembang sampai kedai tutup. tapi cerita kami belum tutup. kami terus ke lapangan kosong di Stadium Sultan Mizan. matikan enjin kereta dan duduk di kaki jalan di bawah lampu jalan dan menyambung ketidakpuasan hati kami. kadang-kadang berlanjutan hingga ke jam 3-4pagi. kalau tak habis juga kami ronda pusing Gong Badak hingga K.Terengganu. masih bercerita hal ketidakpuasan hati kami. hanya inilah caranya kami dapat kenal hati budi masing-masing. bagaimana seseorang mengadili seseorang yang lain. tapi aku lebih banyak mendengar rasanya dan sesekali mencelah. memberi pendapat, mungkin. hidup ini kita mestilah saling memberi dan menerima. kalau tidak, tak lengkaplah hidup. bila diingat, rasa kelakar dan tak masuk akal pun ada. hampir setiap minggu kami melakukan aktiviti ini (jika ada kelapangan). sesekali terasa ingin ke Hot-hot lagi dan melepak hingga ke 5 pagi.

Sekali lagi, memori indah ketika belajar yang pastinya tidak akan aku lupa. trip bersama. tak kiralah yang di bawah fakulti atau yang aktiviti sendiri. semuanya memberi 1001 erti dan berjuta-juta bait memori kepadaku. apalagi yang paling menggembirakan bila dapat bergelak tawa bersama walaupun di dalamnya ada terselit duka dan luka. yang penting kami sepakat bila bergembira. terlalu banyak kenangan. seronok tidak terkira. seperti dunia kami yang punya. mujurlah aku sempat merakamkannya dengan body kameraku yang tak seberapa ini. itu sajalah pengubat rindu terhadap kalian semua.

Bilakah lagi kita dapat bergembira lagi sahabat-sahabatku? adakah lagi waktunya untuk kita melepak dan bersuka-ria lagi? masih bolehkah aku merakam detik-detik indah itu dengan kameraku ini? andai berkesempatan aku mau ke sana lagi. tapi bukan seorang. anda juga akan ku heret ke sana. bisakah sahabatku? bisakah?

Aku mau kembali ke waktu dulu.

Senja nan oren

Foto di bawah diambil ketika perjalanan ke kampung (beberapa bulan yang lalu). sempat lagi aku buka tingkap kereta dan mengsnapkan beberapa detik langit yang senja itu. betapa indahnya ciptaan Tuhan yang Maha Satu itu.

Sunday, November 8, 2009

Untuk kawan-kawan

Siti Norma atau nama glamornya Norma Norelle. aku juga mendapati dia dipanggil 'abg Norm' di kalangan rakan sekampusnya. sedikit kelakar. tapi tak tahu sebabnya. sahabatku sejak sekolah rendah sehinggalah sekarang, esok dan masa hadapan. Insya Allah.

Kalaulah..

Kalaulah aku dapat Hello Kitty bertatah berlian ni..

Friday, November 6, 2009

Entah apa yang dibuatnya sekarang

Gadis ini pernah menjadi rakanku di universiti. tapi dia course lain. tapi kami sama-sama aktif teater. masa di uni sajalah. lepas itu, kami bekerja bersama di Langkawi. tapi hanya sebulan dan lebih. tak tahan kerja yang tak ikut masa dan bos yang tak bertimbang rasa, kami pon berhenti dengan alasan ingin menyambung pelajaran di peringkat sarjana. kemudian, dia pulang ke Sarawak. aku kembali ke Jelapang Padi. rumah tercinta menanti. aku masuk GEMS. dia masih menunggu tawaran. aku tamat GEMS. dia masih juga menunggu tawaran. mungkin dia bosan di sana. tempatnya tidak seperti di bandar. peluang kerjanya juga terhad. tapi dia tak ingin jauh dari rumahnya lagi, katanya. mungkin takdir menentukan begitu. Entah apa dibuatnya sekarang?

Ohfisku

Akhirnya aku dapat memasuki dunia blogku di pejabat yang seberapa seronok ini. aku sudah bosan hari ini kerana tiada kerja untuk dilakukan. maklumlah sekadar membantu executive saja. seperti melukut di tepi gantang. ada pun takpa, tiada lagi la takpa. namun begitu aku tetap tabah di sini menanti jam 5.30 untuk pulang ke rumah. Sabar ya. ia sebahagian dari iman.

Wednesday, November 4, 2009

Friday, October 30, 2009

Monday, October 26, 2009

Cuba

Aku mencuba untuk terus bertahan walaupun diri ku tak dapat lagi menahan. sabar, sabar, dan terus sabar. sabar itu kan sebahagian daripada iman. terseksa dan derita di dalam. dan mereka tidak faham. tidak pernah faham. tidak mencuba untuk faham.

Sunday, October 11, 2009

Mencari

Aku sedang mencari gambar-gambar untuk diuploadkan dan mencari gambar-gambar yang bisa disimpan. gambar lama memori untuk disimpan. Huh!!

Sunday, September 6, 2009

Hilang

Laptop aku hilang. kecuaian aku sendiri. tinggal di laundry, esok lesap. apa mau bikin? bukan rezekiku. tapi, sayu. foto-foto yang aku snap selama 2 tahun hilang bersamanya. bagaimana aku ingin mendapatkannya kembali? detik-detik itu tidak kan berulang lagi. takkan sama. Bingung sekejap.

Saturday, July 11, 2009

Tiba-tiba

Tiba-tiba terasa untuk menulis. lagi. tiba-tiba terasa rindu untuk menonton teater setelah membaca blog Zahiril Adzim dan reviewnya tentang teater dan aktiviti yang dilakukannya. ya. sudah lama tidak bergiat dalam teater dan seerti dengannya. akhir waktu di hujung semester 5 semasa masih di universiti. agaknya sudah terkubur kelab teater itu. tiada berita. tiada cerita. tiada penggerak. terasa rugi. terasa macam seronok hidup di ibu negara. kota metropolitan itu. boleh tengok teater. pilih saja di mana. antara tahu dan tidak tahu saja. alor star tidak semeriah itu. aku rindu. aku rugi. aku ingin tengok teater lagi. sesiapa. ajaklah aku menontonnya. Tiba-tiba bilik air memanggilku. huhu..

Saturday, July 4, 2009

Malas

aku ingin memuat-ataskan foto-foto yang telah ditangkap di dalam kamera ku tapi aku berasa tersangatlah malasnya. tidak tahu mula dari mana. Petunjuk.

Friday, July 3, 2009

Sesuatu untuk dikongsi

sudah lama aku tidak menulis di dalam blog ini. entry berfoto pun tiada. fotonya ada, cuma belum punya masa untuk dimuat-ataskan. maklumlah sebelum ini aku di Langkawi. bekerja sambilan dengan agensi pelancongan milik seorang kakak kepada kawan ku. ini yang aku nak cerita di sini. pengalaman kerja yang pasti sukar dilupakan. ye lah at least ada pengalaman. kata orang, life is full of surprises. yang pahit atau manis. yang gembira atau sedih. yang itu kita tak tahu. pengalaman mengajar erti kehidupan. aku ingat kerja dengan travel agent ni seronok. memanglah seronok tapi ada juga rasa tak seronok. ye lah, kalau tiap-tiap hari (boleh dikatakan setiap hari la) balik lambat, tapi tak dibayar sepatutnya, sakit hati jugak tau. aku tak pernah lagi jumpa bos yang perangainya tak layak dipanggil bos. memanglah kerja sendiri, nama pun bos, suka hati dialah nak masuk kerja pukul berapa pun. tapi agak-agak lah. dahlah masuk kerja lambat, suruh staf dia buat kerja lagi sampai maghrib. gila ka apa? lepas tu meeting waktu lunch sampai ke petang. sembang benda yang sama, walaupun aku baru kerja aku dah tau apa yang dia nak cakap. bagi kerja yang tak logik. kata nak company yang bersistem, tapi tak pakai jugak. memang banyaklah kekurangannya. nak staf yang berkualiti tapi bos sendiri tak berkualiti apa halnya? masuk kerja pun lambat. tak layak langsung kritik staf-staf dia. lagi satu, company ni uruskan kereta sewa, tapi keretanya jugak tak layak untuk disewa. dahla buruk, banyak rosak. selalu enjin gagal berfungsi dengan baik. air-cond rosak. panas. tayar botak tak nak tukar. bila dah rosak teruk baru nak bising. cakap staf tak bagitau awal yang kereta ada masalah. padahal bila cakap awal-awal kat dia, dia kata boleh jalan lagi, tak payah bazir duit tukar yang baru. bila customer komplen, dia marah balik customer tu. lady bos aku memang tak mesra pelanggan. bukankah orang yang kerja customer service ni kena layan customer baik-baik? customer is always right kan? mesti lah kita nak bagi yang terbaik pada customer tu. tapi kereta buruk jugak yang disewakan. dahla mahal. bila nak upgrade kena bayar lebih. nasib baik company ni buat pakej dengan resort. kalau tak bungkus jugak la aku rasa. kalau aku la, aku prefer sewa kereta kat jeti. lagi murah kot. bos satu famili selalu rasa mereka saja yang betul. ada lagi. lady bos ni tak boleh tengok orang duduk senang sikit. mulalah dia nak suruh buat kerja itu, buat kerja ini. aku pernah terkena. waktu lunch tau. aku tak pergi makan lagi. dia boleh suruh aku buat memo masa tu sedangkan dia pun tahu yang waktu tu waktu lunch. saja nak menyusahkan orang. lepas tu bila kami makan lewat, boleh pulak dia tanya macam-macam. sakit hati betullah. aku memang takkan kerja dah dengan company ni. gaji dahla tak seberapa. macam kerja kilang. at least kerja kilang, OT dibayar. ini OT buta ja. lebih baik aku membuta ja kat rumah. kalau nak diikutkan memanglah nak kerja lama. ada pengalaman banyak boleh dapat. dapat jumpa dengan macam-macam ragam orang. boleh asah communication skill aku yang lemah ni. tapi kalau bosnya tak banyak hal la. masalahnya sekarang bukan aku taknak, tapi memang aku taknak pun kerja dengan orang yang tak tahu menghormati masa. suka hati dia ja kan. jadi, aku pun dengan suka hati angkat kaki dari situ. memang tak tahan kerja dengan orang macam tu. sebab tu lah ramai yang resign. sesiapa pun akan resign walaupun baru 4 hari kerja dengan famili yang gila duit ni. haha. minta maaf kalau ada yang tersinggung. tapi aku berterimakasih jugak kepada orang yang membawa aku kerja kat situ. kawan aku sendiri. yang telah menipu aku dan kawan aku yang seorang lagi. terima kasih kerana menunjukkan sikap sebenarnya dan familinya (betul ke BM aku ni?). terima kasih banyak-banyak. Belajar dari pengalaman.

Sunday, May 3, 2009

Things I want to do

This is the list of things that I wanna do after I got home. it's been two days after I left my rumah pantai. and I still didn't start a thing. well its only two days.
1. open facebook account.
2. baking cupcakes.
3. brainstorm ideas for my handmade stuffs.
4. start my online boutique.
5. jobseeking. any job as long as I get paid.
6. have a holiday to Langkawi. or work there.
7. snorkeling/diving.

I'm home

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. tapi aku lebih suka duduk di negeri sendiri. sekurang-kurangnya aku tahu di mana aku berpijak. walaupun aku tak berapa tahu tempat-tempat di negeri ku ini. dan semalam Tomok telah menjadi jutawan dalam One in a Million menyingkirkan Aweera dan Esther yang tidak kurang hebatnya (walaupun aku hanya review di Youtube saja). tahniah buat Tomok.

Monday, April 13, 2009

Hit me

once upon a time ago, there's no place for Tomok in my ears. because his songs were like hell i hate it so much. and his voice and tone and pitch all went wrong. but now when he's in One in a Million, he's like one of a million stars. I think cupid just strike an arrow to my heart. hehe.. p/s: sorry the videos upload were berterabur.

Sunday, April 12, 2009

Bling-bling***

this is my bling-bling, bejewelled, beloved camera. it had snapped a lot of memories. the good and the bad. this is not my key car. its shamira's. look what i've done to her. ouch!!

Sunday, April 5, 2009

Examination week

first day of exam week. quite tough. i don't really know what the answer is for certain questions. kept on guessing till the end of time. hope she don't fail me on this paper.

Saturday, March 28, 2009

Thursday, March 26, 2009

Sunday, March 22, 2009

Sunday, March 15, 2009

Saturday, March 7, 2009

Cupcakes yummy!!

Tiba-tiba terasa ingin membuat cupcakes. Semalam aku melawat satu blog pembaking cupcakes. Sedapnya. Comelnya. Frostingnya macam-macam design. Terus aku melayari Yahoo! mencari resipinya. Berbagai perisa aku jumpa. Aku teringin nak makan jugak. Boleh buat bisnes cupcake ni. Kenapa kat kuala terengganu takda? Tidak sabar rasanya kembali ke kampung halaman. Boleh aku cuba membake cupcake dengan macam-macam hiasan frosting. Wah, sungguh comel!

Friday, March 6, 2009