Friday, February 26, 2010

Entah

Entah apa lah yang aku buat ni. menukar template mengubah mengedit memadam mengubah dan mengedit lagi. apa yang telah berlaku? aku hanya mencuba sesuatu.


Ya itu aku pasti. tak pasti. aku pasti. rasanya.

Tuesday, February 23, 2010

Pulun aku pulun

Pulun nak buat Yearbook untuk Budak Rumah Pantai. Kalau semua ahli turun Penang 6-7 Mac ni bolehlah aku bagi seorang satu. Jadi aku mesti siapkan sebelum tarikh tersebut supaya aku dapat bagi kepada semua orang. Kalau tidak alamatnya aku tak siapkan langsung la. Tapi harap-harap semua akan turun berkampung di sanalah. Semoga berjaya untuk diriku yang sentiasa malas ini.


Aku tak jadi pun buat Yearbook ni sebab kesuntukan masa dan sempat plan barang apa yang perlu dibeli.huh!

Friday, February 19, 2010

Percubaan pertama

Agak berjaya percubaan aku menangkap gambar potret ni. pengantin pulak tu. Terima kasih buat Norm kerana mengajak aku pergi majlis Akad nikah sepupunya itu, Sobri. Tapi kenduri kahwinnya tak sempat pula nak pergi, ada hal lain. Tahniah buat Sobri dan Umie. Selamat Pengantin Baru.

Wednesday, February 10, 2010

Oh, bosannya!

Perasan tak entri blog aku ni tak habis-habis cakap pasal bosan? Kenapa ye? Sebab setiap hari pun aku merasa bosan, baik di pejabat mahupun di rumah. Tapi di rumah tidaklah bosan sangat. Almaklum sekarang dah tak banyak kerja untuk dibuat. Lalu kerja yang boleh dilakukan hanyalah melepak di pantri (tapi dah terbocor, bos pun dah tahu) dan melayari internet (di rumah pun boleh buat). Terasa ingin pulang awal ke rumah. Ye lah kewujudan pun tidak disedari, seperti melukut di tepi gantang. Namun apakan daya, aku datang dengan orang jadi kenalah tunggu orang tu jugak. Nak balik awal sebab nak jahit manik. Gian.

Monday, February 8, 2010

Oh, malasnya!

Cuaca yang panas ini telah menyebabkan aku berasa sangat malas. seperti biasa apabila malas datang satu kerja pun tidak dapat disempurnakan. terasa bagai hanya ingin berbaring di bawah kipas angin yang kelajuannya diputar ke nombor 3. Huh..mengeluh saja aku.

Tuesday, February 2, 2010

Oh!

Oh! sudah melangkah ke bulan Februari kita. 2010, bulan kedua, hari yang kedua. namun begitu aku masih begini. selesai sudah menonton Raja Lawak Musim 4 minggu ke-5 di Youtube saja sebab aku tidak melanggan Astro. seronok walaupun gelak sorang-sorang. kalau dahulu, aku dan housemates pasti mendongak di depan tv setiap minggu lalu kami bergelak ketawa bersama.

Oh! aku ingin lagi kembali ke waktu itu.

tiba-tiba sentimental.