Thursday, June 26, 2014

Apa yang kau inginkan tak semestinya kau miliki, apa yang kau dapat bukanlah yang kau ingini

Assalamualaikum semua.
Panjang nau-nau tajuk entri kali ini kan. Ya, walaupun maksudnya sama tapi masih ada lagi yang takkan faham. Pernahkah anda mengalami keadaan sedemikian? Aku pernah. Dan rasanya banyak kalilah jugek. Apa yang diimpikan tak pernah tertunai dengan tepat. Dan sebaliknya. Namun, ada kala diganti dengan sesuatu yang seakan-akan sama malah kadang-kadang lebih baik lagi.

Persoalannya ialah mengapa. Mungkin kita belum layak untuk menerimanya. Mungkin kita tidak bersungguh memintanya dari Yang Maha Memberi. Mungkin kita tidak betul betul berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati. Sekadar melepaskan batuk di tangga atau ada sikap kesah-tak-kesah-kalau-dapat, dapatlah-kalau-tak-dapat, sudah. Atau mungkin Allah tak merahmati keinginan kita.

Lalu, cara yang terbaik untuk menerima takdir Allah ini adalah dengan bermuhasabah diri. Bukan menuding jari menyalahkan orang lain. Lihat kesalahan diri sendiri dahulu. Tanya diri sendiri kenapa aku tak layak dapat apa yang aku mahu. Seeloknya bersyukur dengan apa yang ada dan diberi. Mungkin masanya belum tiba untuk aku miliki apa yang aku mahu. Sabar.

P/s: Terus muhasabah. Masih.