Sunday, November 15, 2009

KV 282 A a.k.a Ferrari buruk

Kalau anda mau tahu, kereta inilah yang aku naik ke resort semasa aku kerja di Langkawi dulu. kenapa sekarang baru nak upload? saja suka-suka. nama glamor kereta ini, Ferrari. tapi buruk yang amat. kedekut punya bos. dia tak mau tukar kereta baru. barang lamalah katakan. sayang pada kereta agaknya. mungkin kereta itu yang pertama dibuat sewa. haha.


Cerita semalam

Seorang anak kecil mengekor ayahnya tak kira ke mana ayahnya pergi. si ayah, dengan sebatang rokok tersepit di celah dua bibirnya, memegang tangan anak kecilnya itu dan sebelah lagi mengepit buku hutang yang dibawa ke mana saja. kadang-kadang si anak memegang bucu baju ayahnya tak lepas-lepas. di terik panas tengah hari itu, terpancar sifat kebapaan di sebalik wajah lelaki separuh umur itu (barangkali). dapat aku perhatikan setiap kali dia datang ke kolam udang, anak kecil itu selalu bersamanya. setia di sisi walaupun dijerkah dan dimarah. mungkin si kecil itu tidak mengerti apa yang dikatakan oleh ayahnya. atau mungkin dia faham. dan mungkin juga di dalam otaknya terfikir 'aku akan menjadi seperti ayah suatu hari nanti'.

Ya. mungkin si ayah tidak sehebat mana. tidak kira panas atau hujan, kotor dan lumpur, tetap dia mencari rezeki setiap hari demi anak-anak dan keluarganya. kadang-kadang mulutnya jahat sekali, bercakap benda yang tak sepatutnya namun di fikirannya, duit, duit dan duit. untuk siapa? hanya dia yang tahu.

Night shot


Kaedah cuba jaya.

Wednesday, November 11, 2009

Night wish

Bergambar bersama Disabela di depan tugu Helang, Dataran Lang. nasib baik foto cantik.

Tuesday, November 10, 2009

Waktu yang paling seronok

Benarlah kata orang, waktu yang paling seronok ialah di zaman persekolahan. maksud aku zaman kita belajar, tak kiralah di tadika, di sekolah, di kolej, di universiti. ya. aku paling rindukan zaman itu. banyak sangat memori yang tak dapat diolah dengan perkataan di sini. tapi memori itu sering bermain di minda aku. Bila duduk-duduk saja macam ni, teringatlah saat di kampus dulu. satu-satu kenangan datang. satu-satu acara bermain. macam menanti giliran untuk diputar dalam skrin mataku. tiba-tiba terasa nak melepak dengan Budak-budak Rumah Pantai di Kopitiam Uncle Chua yang selalu tersalah dengar order, walaupun begitu kami tetap setia ke sana kerana sudah tak ada tempat lagi untuk dituju bagi mengisi perut yang kosong ni. kemudian kami akan melangkah pula ke Secret Recipe di sebelahnya. ada waiter yang kacak di sana. kalau teringin makan yang lain dari kebiasaan, kami ke Mingstar Sushi pula. ubah selera menjamu bento dan sushi. walaupun di sini ada seorang waitress yang tak tahu adab. tak belajar customer service agaknya. asyik nak melenting saja. sudahlah order yang diambil pun salah. selalu buat muka tak puas hati. tapi kami tetap pergi. untuk apa? untuk makan. kerana apa? waktu makan sajalah kami dapat bersama dan bercerita dan bergosip dan bertukar makanan dan mengeratkan hubungan. walaupun tinggal satu rumah, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. tambahan pula di waktu akhir semester. semua sibuk dengan FYP. pantang ada salah seorang yang ajak makan, pasti semua nak ikut. cari peluang untuk bersama. dan yang paling aku ingat, Shamira akan belanja kami makan. dia tak pernah kisah pasal duit. kecualilah bila dia betul-betul sengkek. terima kasih banyak-banyak kawan. bila aku sudah punya duit sendiri aku belanja dia balik. aku bawa dia pusing kedah kalau dia datang. naik Viva. aku takda kereta besar.

Tiba-tiba juga (akhir-akhir ini)aku rasa nak pergi Hot-hot. kedai makan yang menjadi tempat lepak aku, mun, nadia, nady dan seangkatan dengannya (aku tahu siapa). itulah tempat kami meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sesiapa yang membuat onar dengan kami. bukan tidak mahu bersemuka. sekadar mencari jalan belakang sebagai penyelesaian. kami meluah sambil makan roti canai. kedai tu dah jadi macam port wajib kami. waktunya mestilah jam 11 dan ke atas. kami duduk, minum dan sembang sampai kedai tutup. tapi cerita kami belum tutup. kami terus ke lapangan kosong di Stadium Sultan Mizan. matikan enjin kereta dan duduk di kaki jalan di bawah lampu jalan dan menyambung ketidakpuasan hati kami. kadang-kadang berlanjutan hingga ke jam 3-4pagi. kalau tak habis juga kami ronda pusing Gong Badak hingga K.Terengganu. masih bercerita hal ketidakpuasan hati kami. hanya inilah caranya kami dapat kenal hati budi masing-masing. bagaimana seseorang mengadili seseorang yang lain. tapi aku lebih banyak mendengar rasanya dan sesekali mencelah. memberi pendapat, mungkin. hidup ini kita mestilah saling memberi dan menerima. kalau tidak, tak lengkaplah hidup. bila diingat, rasa kelakar dan tak masuk akal pun ada. hampir setiap minggu kami melakukan aktiviti ini (jika ada kelapangan). sesekali terasa ingin ke Hot-hot lagi dan melepak hingga ke 5 pagi.

Sekali lagi, memori indah ketika belajar yang pastinya tidak akan aku lupa. trip bersama. tak kiralah yang di bawah fakulti atau yang aktiviti sendiri. semuanya memberi 1001 erti dan berjuta-juta bait memori kepadaku. apalagi yang paling menggembirakan bila dapat bergelak tawa bersama walaupun di dalamnya ada terselit duka dan luka. yang penting kami sepakat bila bergembira. terlalu banyak kenangan. seronok tidak terkira. seperti dunia kami yang punya. mujurlah aku sempat merakamkannya dengan body kameraku yang tak seberapa ini. itu sajalah pengubat rindu terhadap kalian semua.

Bilakah lagi kita dapat bergembira lagi sahabat-sahabatku? adakah lagi waktunya untuk kita melepak dan bersuka-ria lagi? masih bolehkah aku merakam detik-detik indah itu dengan kameraku ini? andai berkesempatan aku mau ke sana lagi. tapi bukan seorang. anda juga akan ku heret ke sana. bisakah sahabatku? bisakah?

Aku mau kembali ke waktu dulu.

Senja nan oren

Foto di bawah diambil ketika perjalanan ke kampung (beberapa bulan yang lalu). sempat lagi aku buka tingkap kereta dan mengsnapkan beberapa detik langit yang senja itu. betapa indahnya ciptaan Tuhan yang Maha Satu itu.

Sunday, November 8, 2009

Untuk kawan-kawan

Siti Norma atau nama glamornya Norma Norelle. aku juga mendapati dia dipanggil 'abg Norm' di kalangan rakan sekampusnya. sedikit kelakar. tapi tak tahu sebabnya. sahabatku sejak sekolah rendah sehinggalah sekarang, esok dan masa hadapan. Insya Allah.

Kalaulah..

Kalaulah aku dapat Hello Kitty bertatah berlian ni..

Friday, November 6, 2009

Entah apa yang dibuatnya sekarang

Gadis ini pernah menjadi rakanku di universiti. tapi dia course lain. tapi kami sama-sama aktif teater. masa di uni sajalah. lepas itu, kami bekerja bersama di Langkawi. tapi hanya sebulan dan lebih. tak tahan kerja yang tak ikut masa dan bos yang tak bertimbang rasa, kami pon berhenti dengan alasan ingin menyambung pelajaran di peringkat sarjana. kemudian, dia pulang ke Sarawak. aku kembali ke Jelapang Padi. rumah tercinta menanti. aku masuk GEMS. dia masih menunggu tawaran. aku tamat GEMS. dia masih juga menunggu tawaran. mungkin dia bosan di sana. tempatnya tidak seperti di bandar. peluang kerjanya juga terhad. tapi dia tak ingin jauh dari rumahnya lagi, katanya. mungkin takdir menentukan begitu. Entah apa dibuatnya sekarang?

Ohfisku

Akhirnya aku dapat memasuki dunia blogku di pejabat yang seberapa seronok ini. aku sudah bosan hari ini kerana tiada kerja untuk dilakukan. maklumlah sekadar membantu executive saja. seperti melukut di tepi gantang. ada pun takpa, tiada lagi la takpa. namun begitu aku tetap tabah di sini menanti jam 5.30 untuk pulang ke rumah. Sabar ya. ia sebahagian dari iman.

Wednesday, November 4, 2009